DUNIA
Korban meningkat kepada 11 orang, Thailand tutup sempadan dengan Kemboja

Anggota tentera Thailand memeriksa kawasan sempadan pada Ahad, 20 Julai 2025, di wilayah Ubon Ratchathani, di mana Tentera Diraja Thailand melaporkan penemuan dua periuk api. -Foto Tentera Diraja Thailand/AP
BANGKOK: Kerajaan Thailand mengumumkan penutupan sepenuhnya semua pintu sempadan dengan Kemboja susulan konflik bersenjata yang semakin memuncak di kawasan pertikaian sempadan kedua-dua negara, lapor CNN.
Ringkasan AI
- Thailand menutup sepenuhnya semua pintu sempadan dengan Kemboja susulan konflik bersenjata yang semakin memuncak di kawasan pertikaian sempadan, dengan eskalasi tahap 4 dilaksanakan.
- Serangan artileri dan roket oleh tentera Kemboja menyebabkan sekurang-kurangnya 11 orang awam terbunuh, 14 cedera, dan 40,000 penduduk Thailand dipindahkan ke pusat perlindungan.
- Kedua-dua negara saling menuduh menceroboh dan melancarkan serangan, menyebabkan hubungan diplomatik merosot dengan penarikan balik duta dan penutupan kedutaan.
Sementara itu, Kementerian Kesihatan Thailand mengesahkan sekurang-kurangnya 11 orang awam terbunuh dalam serangan artileri dan roket yang didakwa dilakukan oleh pasukan tentera Kemboja ke atas kawasan kediaman di wilayah Surin, Sisaket dan Ubon Ratchathani.
Antara mangsa termasuk kanak-kanak dan pelajar sekolah, manakala lebih 14 orang cedera dan 40,000 penduduk telah dipindahkan ke pusat perlindungan sementara.
Kemboja setakat ini belum melaporkan sebarang kematian di pihak mereka, namun menegaskan bahawa tindakan mereka adalah sebagai mempertahankan diri selepas mendakwa tentera Thailand menceroboh kawasan sempadan berhampiran Kuil Ta Moan Thom.
Kementerian Pertahanan Kemboja turut mengecam serangan udara Thailand yang menggunakan jet pejuang F-16 sebagai pencerobohan kejam dan melanggar kedaulatan negara.
Thailand bagaimanapun menegaskan bahawa tindakan tersebut adalah tindak balas terhadap serangan roket BM-21 dan periuk api yang mencederakan anggota tentera mereka.
Hubungan diplomatik kedua-dua negara kini berada pada tahap paling rendah sejak konflik 2011, dengan masing-masing menarik balik duta dan menutup pejabat kedutaan.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami