awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Dewan hotel tiba-tiba terbakar, majlis makan malam bertukar tragedi
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Tiga ADUN Pas Perlis terhenti keahlian serta-merta - Abdul Hadi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Korban serangan masjid Pakistan meningkat kepada 59, lebih 157 cedera parah

Astro Awani
Astro Awani
31/01/2023
02:10 MYT
Korban serangan masjid Pakistan meningkat kepada 59, lebih 157 cedera parah
Angka korban akibat letupan di sebuah masjid di Pakistan meningkat kepada 59 orang dengan sekurang-kurangnya 157 yang lain mengalami kecederaan, kebanyakannya parah. -AP
PESHAWAR: Angka korban akibat letupan di sebuah masjid di Pakistan meningkat kepada 59 orang dengan sekurang-kurangnya 157 yang lain mengalami kecederaan, kebanyakannya parah.
Ketika kejadian, kira-kira 260 individu dikatakan berada di dalam masjid berkenaan di mana sebahagian besar mangsa merupakan anggota polis yang menunaikan solat di dalam masjid yang terletak berhampiran kuarters polis itu.
Siasatan kejadian setakat ini bagaimanapun tidak menjelaskan bagaimana pengebom itu boleh menyelinap ke dalam kawasan kawalan tinggi yang menempatkan ibu pejabat polis di bandar barat laut Peshawar itu.
Sementara itu, Komander Taliban Pakistan mengaku bertanggungjawab ke atas serangan itu dalam satu catatan di Twitter.
Namun beberapa jam kemudian, jurucakap kumpulan itu menyatakan kejadian itu bukan berpunca daripada mereka.
Perdana Menteri Pakistan, Shahbaz Sharif yang melawat mangsa berikrar tindakan tegas akan diambil terhadap mereka yang bertanggungjawab.
Jelasnya, insiden itu merupakan tragedi yang tidak dapat dibayangkan.
Pakistan, sejak November, menyaksikan peningkatan dalam serangan militan apabila pihak Taliban menamatkan gencatan senjata dengan tentera kerajaan.
Serangan ke atas masjid di dalam fasiliti polis itu adalah antara serangan paling buruk ke atas pasukan keselamatan dalam beberapa tahun kebelakangan.
Peshawar ialah ibu kota wilayah Khyber Pakhtunkhwa, di mana Taliban Pakistan mempunyai kubu kuat dan bandar itu menjadi lokasi paling kerap berlaku serangan.
Topic Berkaitan
#letupan bom di masjid
#Taliban Pakistan
#Shahbaz Sharif
#peshawar
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan