awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
YAPEIM sasar kutip RM70 juta dana infak tahun ini - Zulkifli
Enam lelaki ditahan bantu siasatan kes rusuhan di Melaka Raya
Trump cadang belanjawan ketenteraan AS$1.5 trilion bagi 2027, cetus kebimbangan perang
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Korea Selatan akan import lebih 2 juta telur dari AS ekoran penularan selesema burung

Bernama
Bernama
07/01/2026
10:04 MYT
Korea Selatan akan import lebih 2 juta telur dari AS ekoran penularan selesema burung
Kali terakhir Seoul mengimport telur dari AS adalah pada Januari 2024. - Gambar hiasan/Unsplash
SEOUL: Korea Selatan akan mengimport 2.24 juta biji telur segar dari Amerika Syarikat (AS) bulan ini bagi membantu menstabilkan harga telur domestik susulan penularan terkini selesema burung yang sangat mudah berjangkit, lapor Agensi Berita Yonhap.
Langkah ini adalah kali pertama dalam tempoh dua tahun Korea Selatan membeli telur keluaran AS. Kali terakhir Seoul mengimport telur dari AS adalah pada Januari 2024, kata seorang pegawai kementerian.
Tindakan itu juga sebahagian langkah pencegahan awal bagi menghadapi potensi kekurangan bekalan telur, ketika negara itu bergelut dengan penularan selesema burung yang sangat mudah berjangkit sejak beberapa bulan kebelakangan ini.
Sejak bermulanya musim sejuk, lebih 4.32 juta ayam penelur dimusnahkan di ladang yang terjejas akibat selesema burung, menurut kementerian.
Menurut kementerian itu lagi, bekalan telur negara ketika ini masih stabil, dengan jumlah ayam penelur meningkat 1.2 peratus berbanding setahun lalu setakat akhir 2025, walaupun pengeluaran telur harian menurun 1.1 peratus kepada 49 juta biji dalam tempoh yang sama.
Korea Selatan mengesahkan lebih 30 kes AI yang sangat mudah berjangkit di ladang ternakan unggas sepanjang musim sejuk ini, setakat Isnin.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Import telur
#telur AS
#Korea Selatan
#Amerika Syarikat
#selesema burung
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan