Korea Selatan pada Jumaat berkata ia telah membuat keputusan untuk melepaskan status negara membangunnya di Pertubuhan Perdagangan Dunia (WTO) dalam satu konsesi kepada Amerika Syarikat (AS) berkaitan pembaharuan badan perdagangan global itu, lapor agensi berita Yonhap.
Menteri Kewangan Hong Nam Ki berkata terdapat sedikit kemungkinan bahawa komuniti antarabangsa boleh mengiktiraf Korea Selatan sebagai sebuah negara membangun dalam rundingan WTO pada masa akan datang dan berkata kelewatan Korea Selatan membuat keputusan mampu menjejaskan kuasa perundingannya.
"Kami berada dalam situasi yang sukar untuk diiktiraf sebagai sebuah negara membangun lebih lama dalam komuniti antarabangsa berdasarkan kedudukan ekonomi Korea Selatan," kata Hong dalam satu sidang akhbar di kementerian luar di pusat bandar Seoul.
Pengumuman itu dibuat semasa Presiden AS Donald Trump berusaha memastikan negara-negara yang mengisytiharkan sendiri statusnya sebagai membangun tidak mengambil kesempatan ke atas layanan istimewa dan berbeza yang datang dengan status itu.
Trump telah memberi amaran bahawa AS tidak lagi akan melayan mana-mana anggota WTO yang dianggap Washington sebagai negara membangun jika tiada kemajuan besar dibuat bagi membaik pulih peraturan-peraturan badan perdagangan yang berpangkalan di Geneva itu menjelang pertengahan Oktober.
AS telah mencadangkan agar WTO menggugurkan status membangun mana-mana negara jika ia memenuhi kriteria tertentu -- menjadi anggota Kumpulan 20 ekonomi maju, menjadi anggota Pertubuhan Kerjasama Ekonomi dan Pembangunan, merupakan negara berpendapatan tinggi seperti yang diklasifikasikan oleh Bank Dunia dan mengambil sekurang-kurangnya 0.5 peratus daripada jumlah perdagangan global.
Korea Selatan memenuhi kesemua empat kriteria yang boleh menjejaskan usahanya untuk mengekalkan status itu.
Korea Selatan telah mengekalkan status sebagai sebuah negara membangun sejak 1995 bagi melindungi industri pertaniannya yang sensitif, terutama beras.
Isu keistimewaan negara membangun adalah mengenai pelbagai hala pada masa depan, yang bermaksud subsidi pertanian Korea Selatan dan tarif pertaniannya tidak akan terjejas meskipun jika Seoul memutuskan untuk melepaskan status itu.
Bagaimanapun, petani tempatan telah menyuarakan bantahan mereka terhadap langkah yang mungkin dilakukan untuk menggugurkan status itu.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Oct 25 2019
Korea Selatan memenuhi kesemua empat kriteria yang boleh menjejaskan usahanya untuk mengekalkan status negara membangun. - Gambar fail
Jumlah mangsa banjir berlindung di PPS di Perak, Johor dan Pahang kekal
Jumlah mangsa yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) di Perak, Johor dan Pahang masih kekal setakat pagi ini.
Gempa bumi kuat 6.3 magnitud gegar Chile
Gempa bumi berukuran 6.3 magnitud menggegarkan wilayah tengah Chile termasuk ibu negara, Santiago pada Jumaat.
UMNO tidak terima permohonan Tengku Zafrul keluar parti - Ahmad Zahid
Presiden UMNO sahkan parti itu tidak menerima permohonan Tengku Zafrul untuk meninggalkan parti.
Bola api penuhi ruang udara di Damsyik
Satu rakaman video memaparkan sejumlah bola api memenuhi ruang udara bandar Damascus diikuti bunyi letupan kuat turut kedengaran pada Jumaat.
Presiden Korea Selatan berdepan undi pemecatan kedua
Presiden Korea Selatan, Yoon Suk Yeol, kini menghadapi undi pemecatan kedua pada Sabtu selepas percubaannya mengisytiharkan undang-undang darurat selama beberapa jam mencetuskan krisis politik.
Parti-parti pembangkang merancang undi pemecatan pada Sabtu, pukul 4 petang, dengan perhimpunan besar dijadualkan sebelum undian.
Parti-parti pembangkang merancang undi pemecatan pada Sabtu, pukul 4 petang, dengan perhimpunan besar dijadualkan sebelum undian.
Kongres Khas PKR fokus reformasi pemilihan parti
Kongres Khas Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang dijadualkan pada Ahad akan meminda perlembagaan parti.
Setiausaha Agung PKR, Dr. Fuziah Salleh berkata pindaan tersebut melibatkan aspek jumlah perwakilan, kuota gender, dan etnik.
Setiausaha Agung PKR, Dr. Fuziah Salleh berkata pindaan tersebut melibatkan aspek jumlah perwakilan, kuota gender, dan etnik.
Suri rumah rugi lebih RM750,000 ditipu pelaburan bitcoin
Seorang suri rumah berputih mata apabila kerugian lebih RM750,000 selepas terperdaya skim pelaburan bitcoin dalam talian.
“Sifat materialistik mengundang malapetaka dalam masyarakat” - Dr Maza
Nilai kemanusiaan tidak lagi mendominasi kehidupan kerana segala-galanya diukur berdasarkan keuntungan semata-mata.
Pembunuhan kejam, buli siber detik suram 2024
Tahun 2024 mencatatkan pelbagai peristiwa tragis menggemparkan negara termasuk jenayah kejam yang meragut nyawa empat individu.
Jumlah mangsa banjir terus catat penurunan
Jumlah mangsa banjir terus mencatat penurunan kepada 305 mangsa daripada 93 keluarga setakat jam 9 pagi Sabtu.
AS umum pakej bantuan ketenteraan US$500 juta untuk Ukraine
Amerika Syarikat mengumumkan pakej bantuan ketenteraan baharu bernilai US$500 juta untuk Ukraine bagi menyokong usaha pertahanan negara itu dalam menghadapi serangan berterusan Rusia.
Import kenderaan China ke AS catat rekod tertinggi Januari-Oktober
Pada Januari-Oktober, AS membeli kenderaan dari China bernilai US$2.89 bilion - peningkatan tahunan sebanyak 1.5 kali ganda.
AS gesa kumpulan pembebasan Syria sokong kerajaan peralihan inklusif
Perbincangan menekankan bahawa HTS tidak seharusnya mengambil alih kepimpinan secara automatik.
‘Tangan ghaib’ mahu tukar rejim Syria agar tidak ganggu kepentingan Israel, AS - Pakar
Tumbangnya rejim Bashar al-Assad di Syria adalah usaha terancang untuk mendirikan sebuah kerajaan baharu yang tidak mengganggu kepentingan Amerika Syarikat dan Israel di rantau berkenaan.
1MDB: Najib dakwa AS dan pembangkang ketika itu jatuhkan kerajaannya
Najib mendakwa Amerika Syarikat bawah pimpinan Demokrat sebelum ini bekerjasama dengan pembangkang Malaysia ketika itu untuk menjatuhkan beliau dan kerajaan yang diterajuinya pada 2018.
Konflik Syria: Pasukan pembebas mara ke barat Deir ez-Zor
PENTADBIRAN Hal Ehwal Ketenteraan kumpulan pembebas Syria memaklumkan pasukan itu sedang mara di kawasan pedalaman barat Deir ez-Zor.
Amerika tidak seharusnya terlibat dengan peperangan di Syria - Donald Trump
Donald Trump berpendapat, Amerika tidak seharusnya terlibat dalam apa sahaja peranan dengan Syria yang sedang bergolak ketika ini.
Manchester City buka kempen Piala Dunia Kelab berdepan Wydad AC
Piala Dunia Kelab, yang menampilkan pasukan terkemuka dari seluruh dunia, akan diadakan di 12 stadium seluruh AS dari 14 Jun hingga 13 Julai.
AS seru rakyatnya tinggalkan Syria
Jabatan Negara Amerika Syarikat menggesa warganya untuk segera meninggalkan Syria
Memperingati Pearl Harbor: Joe Biden zahir penghormatan kepada tentera AS
Presiden Amerika Syarikat (AS) Joe Biden menzahirkan penghormatan atas pengorbanan tentera AS sempena memperingati ulang tahun ke-83 serangan ke atas Pearl Harbor pada Jumaat.