awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pendingin hawa kereta tiba-tiba meletup, mekanik putus kaki
Tidak dapat KM dari PBT, projek ladang babi di Jalong diarah henti serta-merta - Exco
Perhimpunan agung pertama GPS dijadual 19 April
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Korea Selatan, Indonesia akan bincang perkukuh kerjasama dalam tenaga nuklear, mineral

Bernama
Bernama
15/05/2023
11:49 MYT
Korea Selatan, Indonesia akan bincang perkukuh kerjasama dalam tenaga nuklear, mineral
Korea Selatan akan mencadangkan peningkatan hubungan dalam industri tenaga nuklear, ketika Indonesia mengumumkan rancangan membina loji kuasa nuklear komersial pertamanya menjelang 2039. -Gambar hiasan
SEOUL: Korea Selatan dan Indonesia akan membincangkan langkah untuk meningkatkan kerjasama dua hala mengenai penjanaan tenaga nuklear, rantaian bekalan mineral utama dan sektor industri maju lain, menurut Kementerian Perdagangan, Industri dan Tenaga pada Isnin.
Naib Menteri I kementerian itu, Jang Young Jin, sedang dalam lawatan empat hari ke Jakarta mulai Ahad untuk berbincang dengan pegawai kanan Indonesia, termasuk Menteri Ekonomi, Airlangga Hartarto, dan Menteri Tenaga, Arifin Tasrif, mengenai isu industri yang mempunyai kepentingan bersama, lapor agensi berita Yonhap.
Korea Selatan akan mencadangkan peningkatan hubungan dalam industri tenaga nuklear, ketika Indonesia mengumumkan rancangan membina loji kuasa nuklear komersial pertamanya menjelang 2039.
Jang turut merancang untuk membincangkan projek penyelidikan bersama dengan pegawai Indonesia bagi mengukuhkan kerjasama dalam rantaian bekalan mineral serta cara untuk bekerja lebih rapat dalam sektor bateri dan kenderaan elektrik (EV).
Indonesia ialah pengeluar nikel nombor satu dunia dan Korea Selatan memperoleh teknologi termaju dalam sektor bateri dan EV.
"Naib menteri akan meminta sokongan Indonesia untuk membantu firma Korea Selatan yang beroperasi di negara itu dalam bidang seperti bateri EV dan petrokimia.
"Beliau juga akan mengadakan pertemuan dengan syarikat Korea Selatan di Indonesia untuk merangka pelbagai langkah sokongan," kata beliau.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Indonesia
#Korea Selatan
#kenderaan elektrik
#kuasa nuklear
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan