awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ribuan menunggu pemindahan dari Gaza susulan pembukaan semula lintasan Rafah
Perkukuh kefahaman, pegangan terhadap sunah sebagai sumber dan panduan hidup
KKR pertimbang lanjutan enam bulan projek WISE
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Korea Selatan lapor kes demam babi Afrika selepas empat bulan

Bernama
Bernama
16/07/2025
21:15 MYT
Korea Selatan lapor kes demam babi Afrika selepas empat bulan
Ia merupakan kes keempat dilaporkan tahun ini, dengan kes sebelumnya dikesan di bandar Yangju pada Mac. - Gambar hiasan/REUTERS
SEOUL: Korea Selatan pada Rabu melaporkan kes Demam Babi Afrika (ASF) pertama dalam tempoh kira-kira empat bulan, lapor Agensi Berita Yonhap.
Menurut Kementerian Pertanian, Makanan dan Hal Ehwal Luar Bandar, kes terbaharu itu dikesan di sebuah ladang di daerah sempadan antara Korea di Paju, Wilayah Gyeonggi, yang menternak kira-kira 2,500 ekor babi.
Ia merupakan kes keempat dilaporkan tahun ini, dengan kes sebelumnya dikesan di bandar Yangju pada Mac.
Kerajaan telah mengeluarkan perintah henti operasi sementara selama 48 jam ke atas ladang babi dan kemudahan berkaitan di kawasan berkenaan, serta melaksanakan langkah pencegahan sewajarnya termasuk pelupusan haiwan terjejas bagi mengelakkan penularan virus berkenaan.
ASF tidak menjangkiti manusia tetapi membawa maut kepada babi. Tiada vaksin atau penawar bagi penyakit itu setakat ini.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Demam Babi Afrika
#ladang
#henti operasi
#pelupusan haiwan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan