awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Trump umum Pusat Kennedy hentikan operasi hiburan selama dua tahun
Izara Aishah hamil cahaya mata ketiga
“Adakah kamu syaitan itu sendiri?” - Epstein disoal dalam rakaman temu bual baharu didedahkan

KKR pertimbang lanjutan enam bulan projek WISE

Bernama
Bernama
01/02/2026
22:50 MYT
KKR pertimbang lanjutan enam bulan projek WISE
Nanta berkata, pada peringkat awal, KKR telah memberikan tempoh masa tertentu kepada syarikat terlibat bagi memastikan kewangan mereka mencukupi sebelum projek dilaksanakan. - Gambar fail
GERIK: Kementerian Kerja Raya (KKR) mempertimbangkan untuk memberi tempoh lanjutan enam bulan kepada syarikat konsesi yang terlibat dengan projek pembinaan Lebuhraya West Ipoh Span Expressway (WISE) selepas tempoh kelulusan prinsipal mereka tamat pada September 2026.
Menterinya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata, pada peringkat awal, KKR telah memberikan tempoh masa tertentu kepada syarikat terlibat bagi memastikan kewangan mereka mencukupi sebelum melaksanakan projek itu.
"Selepas kita memberi kelulusan bersyarat, syarikat konsesi perlu berunding dengan institusi kewangan untuk mendapatkan modal yang diperlukan bagi menyiapkan kerja-kerja pembinaan," katanya pada sidang media ketika melawat JRTB (FT004) di sini, termasuk lokasi kemalangan bas pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) pada 9 Jun tahun lepas.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai perkembangan pembinaan lebuh raya WISE.
Pada 1 Mei lepas, Nanta memaklumkan, KKR telah menyerahkan surat kelulusan kepada pihak pemaju, yang perlu melaksanakan kerja-kerja dalam tempoh ditetapkan.
Sebelum ini dilaporkan, Lebuhraya WISE sepanjang 60 kilometer itu bakal dilengkapi tiga lorong dua hala, bermula dari Gopeng melalui Batu Gajah, Siputeh, Manong, Tronoh, Beko, Seri Iskandar dan seterusnya ke Kuala Kangsar.
Projek ini juga dijangka menjadi alternatif laluan pengguna selain Terowong Menora.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Kementerian Kerja Raya
#pembangunan projek
#lebuh raya
#wise
#Alexander Nanta Linggi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.