awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Lebih 2.2 juta kenderaan dijangka masuk Pulau Pinang
Titah Adendum: "Jangan campur urusan kami" - Pemuda UMNO WP selar kenyataan AMK
Krisis kemanusiaan di Gaza kekal meruncing di tengah-tengah kebuluran, kemusnahan - UNRWA
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Korea Selatan mansuhkan syarat pemakaian pelitup muka di dalam bangunan mulai 30 Januari

Bernama
Bernama
20/01/2023
04:15 MYT
Korea Selatan mansuhkan syarat pemakaian pelitup muka di dalam bangunan mulai 30 Januari
Kerajaan menetapkan tarikh untuk perubahan dasar itu memandangkan acara perjumpaan akan meningkat semasa cuti Tahun Baharu. - Reuters
SEOUL: Perdana Menteri Korea Selatan Han Duck Soo pada Jumaat berkata Korea Selatan merancang menarik balik syarat pemakaian pelitup muka di kebanyakan ruang dalaman mulai 30 Januari selain menamatkan sekatan pandemik terakhirnya susulan trend penurunan berterusan kes harian.
Bagaimanapun, pemakaian pelitup muka di hospital, farmasi dan pengangkutan awam masih dikekalkan, lapor Agensi Berita Yonhap.
Kerajaan sebelum ini berkata pembatalan syarat pemakaian pelitup muka di ruang dalaman akan dibuat secara berperingkat sekiranya dua daripada empat kriteria dipenuhi iaitu trend penurunan jangkitan baharu, penurunan kes sakit kritikal dan kematian, keupayaan tindak balas perubatan yang baik serta kadar vaksinasi yang tinggi dalam kalangan kumpulan berisiko tinggi.
"Kerajaan akan membincangkan dan mengesahkan rancangan untuk meringankan syarat pemakaian pelitup muka mulai 30 Januari kecuali di beberapa kemudahan," kata Han semasa mesyuarat tindak balas virus kerajaan.
Beliau berkata tiga daripada empat kriteria, tidak termasuk kadar vaksinasi yang tinggi dalam kalangan kumpulan berisiko tinggi telah dipenuhi dan faktor risiko luaran boleh dikawal.
Kerajaan menetapkan tarikh untuk perubahan dasar itu memandangkan acara perjumpaan akan meningkat semasa cuti Tahun Baharu, kata Han.
Perdana Menteri menggesa pihak berkuasa tempatan untuk terus berwaspada terhadap lonjakan sementara jangkitan berikutan cuti dan perubahan dalam dasar pemakaian pelitup muka.
Beliau juga menggesa warga emas mendapatkan vaksin.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Korea Selatan
#pelitup muka
#pandemik
#ruang dalaman
#COVID-19
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan