awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Anwar pulang naik ETS3 ke ibu negara usai lawatan santai ke Johor
[KOLUMNIS] Rakyat Sudan mangsa keadaan
Sempadan Rafah dibuka semula secara rasmi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Korea Selatan minta AS benarkan pekerja ditahan pulang tanpa bergari

Astro Awani
Astro Awani
11/09/2025
00:45 MYT
Korea Selatan minta AS benarkan pekerja ditahan pulang tanpa bergari
Sebuah pesawat Korean Air tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Hartsfield-Jackson, Atlanta untuk membawa pulang pekerja Korea Selatan yang ditahan. - Foto AP
SEOUL: Kerajaan Korea Selatan telah menggesa Amerika Syarikat (AS) agar membenarkan ratusan pekerja warga Korea yang ditahan dalam serbuan imigresen minggu lalu untuk pulang ke tanah air tanpa bergari atau sekatan fizikal lain, kerana mereka bukan penjenayah.

Ringkasan AI
  • Menteri Luar Cho Hyun meminta AS membenarkan pekerja Korea yang ditahan pulang tanpa bergari, kerana mereka bukan penjenayah dan hanya terlibat dalam projek teknologi bernilai tinggi.
  • Seramai 300 warga Korea ditahan dalam operasi terbesar Jabatan Keselamatan Dalam Negeri AS, mencetuskan kebimbangan di Seoul yang sedang merundingkan perjanjian perdagangan dengan Washington.
  • Presiden AS Donald Trump arahkan respons pantas terhadap permintaan Korea Selatan, sementara Seoul mencadangkan kategori visa baharu dan garis panduan jelas untuk lindungi pekerja mahir di AS.

Permintaan itu disampaikan oleh Menteri Luar Korea Selatan, Cho Hyun, dalam pertemuan rasmi bersama Setiausaha Negara AS, Marco Rubio, di White House.
Cho menyatakan kebimbangan mendalam terhadap kesan psikologi dan imej buruk yang timbul akibat penahanan terbuka terhadap pekerja Korea yang datang ke AS untuk memindahkan teknologi dan kepakaran dalam projek bateri kenderaan elektrik bernilai AS$4.3 bilion oleh Hyundai Motor dan LG Energy Solution di Georgia.
“Cho meminta agar pentadbiran AS memberi perhatian khas supaya rakyat Korea yang ditahan dapat meninggalkan negara itu dengan segera dan tanpa sekatan fizikal seperti bergari, kerana mereka bukan penjenayah,” menurut kenyataan rasmi Kementerian Luar Korea Selatan.
Seramai kira-kira 300 warga Korea Selatan ditahan bersama 175 individu lain dalam serbuan imigresen terbesar pernah dilakukan oleh Jabatan Keselamatan Dalam Negeri AS di satu lokasi tunggal.
Serbuan itu telah mencetuskan kejutan besar di Seoul, yang sedang merundingkan perjanjian perdagangan dengan Washington.
Cho turut mencadangkan agar satu kategori visa baharu diwujudkan bagi mengelakkan insiden serupa berulang, serta meminta jaminan bahawa pekerja yang ditahan tidak akan mengalami kesulitan untuk memasuki AS pada masa hadapan.
Presiden AS Donald Trump dilaporkan telah mengarahkan Rubio untuk mengambil tindakan segera bagi memenuhi permintaan Korea Selatan sebanyak mungkin, sebagai tanda komitmen terhadap hubungan pelaburan dan perdagangan dua hala yang adil.
Sementara itu, Korea Selatan sedang berusaha membawa pulang pekerja yang ditahan melalui penerbangan khas, namun proses pelepasan masih tertangguh disebabkan oleh halangan pentadbiran di pihak AS.
Insiden ini telah menimbulkan kebimbangan dalam kalangan syarikat Korea dan ahli politik, yang menyifatkan tindakan AS sebagai mencalar hubungan diplomatik dan pelaburan antara kedua-dua negara.
Seoul kini menuntut garis panduan yang lebih jelas bagi melindungi pekerja mahir dan kepentingan perniagaan Korea di AS.
Topic Berkaitan
#Cho Hyun
#Pekerja
#bergari
#pulang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan