Skip to main content

Dunia

Konflik Asia Barat: KLM lanjutkan penangguhan penerbangan ke Dubai, Riyadh dan Dammam hingga 17 Mei

51719159376_TBKLM.jpg
Sebelum ini, KLM mengumumkan penggantungan penerbangan ke Dammam, Riyadh dan Dubai sehingga 28 Mac serta ke Tel Aviv sehingga 11 April. - Gambar fail

ISTANBUL: KLM Royal Dutch Airlines pada Khamis berkata, syarikat itu tidak akan menyambung semula penerbangan ke Dubai, Riyadh dan Dammam sehingga 17 Mei, dengan alasan pertimbangan keselamatan susulan perang Amerika Syarikat-Israel di Iran yang masih berterusan.

Menurut Anadolu Ajansi, syarikat penerbangan Belanda itu berkata keselamatan penumpang dan anak kapal kekal sebagai keutamaan utama serta mereka terus memantau rapat situasi berkenaan sambil berhubung dengan pihak berkuasa berkaitan.

Advertisement

Sebelum ini, syarikat itu mengumumkan penggantungan penerbangan ke Dammam, Riyadh dan Dubai sehingga 28 Mac serta ke Tel Aviv sehingga 11 April.

Langkah itu dibuat ketika beberapa syarikat penerbangan antarabangsa utama turut melanjutkan penangguhan penerbangan ke destinasi utama di Teluk susulan ketegangan keselamatan serantau yang berterusan.

British Airways, Cathay Pacific dan Aegean Airlines antara syarikat penerbangan yang melanjutkan penggantungan ke beberapa hab Teluk sehingga sekurang-kurangnya April atau Mei, manakala Eurowings melanjutkan beberapa pembatalan sehingga akhir Jun.

KLM tidak mendedahkan jumlah penerbangan atau penumpang yang terjejas akibat penangguhan lanjutan itu.

-- BERNAMA-ANADOLU

 

Must Watch Video