awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
KPDN Kedah kesan 1,071 kes, nilai kompaun lebih RM867,000
Onn Hafiz mohon rakyat Johor peka perkembangan cuaca semasa
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Korea Selatan: Mogok doktor pelatih, kerajaan mula ambil tindakan

Bernama
Bernama
04/03/2024
08:42 MYT
Korea Selatan: Mogok doktor pelatih, kerajaan mula ambil tindakan
Kira-kira 9,000 doktor pelatih tidak hadir bertugas buat hari ke-14 berturut-turut pada Isnin. - Gambar fail/Reuters
SEOUL: Menteri Kesihatan Korea Selatan, Cho Kyoo-hong pada Isnin berkata, pihak berkuasa akan mengambil tindakan ke atas doktor pelatih yang melakukan "mogok secara haram” dan mengingkari arahan supaya kembali bertugas.
Kira-kira 9,000 doktor pelatih tidak hadir bertugas buat hari ke-14 berturut-turut pada Isnin kerana membantah rancangan kerajaan untuk menambah 2,000 lagi tempat di sekolah perubatan mulai tahun depan berbanding 3,058 sekarang.
"Kerajaan tegas dalam prinsip menentang protes besar-besaran itu," lapor Agensi Berita Yonhap memetik kenyataan Cho pada mesyuarat mengenai isu tersebut.
"Mulai Isnin, pihak berkuasa kesihatan akan memulakan siasatan di hospital bagi menentukan sama ada doktor pelatih telah kembali bekerja dan mengambil langkah mengikut undang-undang dan prinsip tanpa pengecualian jika mereka masih enggan bertugas," katanya.
Pegawai kementerian berkata pihak berkuasa juga memulakan prosedur untuk menggantung lesen kira-kira 7,000 doktor pelatih.
Kerajaan memberi tempoh sehingga Khamis untuk mereka kembali bekerja dan memberi amaran bahawa mereka boleh dikenakan tindakan, termasuk hukuman jenayah atau pembatalan lesen doktor.
Sehingga Khamis lepas, daripada 8,945 doktor pelatih yang enggan bekerja, 565 telah kembali bertugas, menurut Yonhap.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Korea Selatan
#mogok haram
#doktor pelatih
#Menteri Kesihatan Korea Selatan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan