awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Lebih 2.2 juta kenderaan dijangka masuk Pulau Pinang
Titah Adendum: "Jangan campur urusan kami" - Pemuda UMNO WP selar kenyataan AMK
Krisis kemanusiaan di Gaza kekal meruncing di tengah-tengah kebuluran, kemusnahan - UNRWA
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Korea Selatan, AS mulakan analisis kotak hitam pesawat Jeju Air

Bernama
Bernama
08/01/2025
05:15 MYT
Korea Selatan, AS mulakan analisis kotak hitam pesawat Jeju Air
Pihak berkuasa berjanji untuk menjalankan siasatan dengan adil dan mengikut piawaian antarabangsa serta undang-undang yang berkaitan. - Gambar/ Reuters
SEOUL: Korea Selatan dan Amerika Syarikat (AS) memulakan analisis perakam data penerbangan (FDR) pesawat Jeju Air, manakala pasukan penyiasat bersama kedua-dua negara mempercepatkan siasatan terhadap komponen-komponen utama daripada serpihan pesawat termasuk enjin dan sayap utama di lokasi kejadian, kata seorang pegawai kerajaan tertinggi di sini pada Rabu.
Agensi Berita Yonhap melaporkan bahawa Menteri Dalam Negeri sementara, Ko Ki dong mengeluarkan kenyataan itu pada mesyuarat Pusat Tindakan Bencana dan Keselamatan Negara, sambil berjanji untuk menjalankan siasatan dengan adil dan mengikut piawaian antarabangsa serta undang-undang yang berkaitan.
"Siasatan ini akan dijalankan oleh pakar tempatan dan antarabangsa, dan proses serta hasilnya akan didedahkan," kata Ko.
Kedua-dua negara menubuhkan pasukan penyiasat bersama yang terdiri daripada 23 anggota, termasuk pakar-pakar dari Pentadbiran Penerbangan Persekutuan (FAA) dan Lembaga Keselamatan Pengangkutan Nasional (NTSB) AS untuk menyiasat punca kemalangan yang meragut 179 nyawa di Lapangan Terbang Antarabangsa Muan, di barat daya Korea Selatan pada 29 Dis.
Awal minggu ini, FDR pesawat telah dihantar ke AS untuk dianalisis.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Jeju Air
#kotak hitam
#punca kejadian
#hasil siasatan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan