DUNIA
Korea Selatan naikkan amaran perjalanan susulan pergolakan sempadan Kemboja-Thailand

Nasihat perjalanan khas itu bersamaan Tahap 2.5 dalam sistem amaran Korea Selatan. - Gambar hiasan/ Reuters
SEOUL: Korea Selatan pada Ahad menaikkan tahap amaran perjalanan ke kawasan sempadan Kemboja dan Thailand, pelarasan buat kali kedua dalam tempoh tiga hari, susulan pertempuran bersenjata yang semakin memuncak antara kedua-dua negara.
Ringkasan AI
- Korea Selatan menaikkan tahap amaran perjalanan ke kawasan sempadan Kemboja dan Thailand susulan pertempuran bersenjata yang semakin memuncak, dengan nasihat perjalanan khas dikeluarkan untuk beberapa wilayah terlibat.
- Nasihat perjalanan khas itu bersamaan Tahap 2.5 dalam sistem amaran Korea Selatan, menggesa rakyatnya supaya tidak melakukan perjalanan atau segera meninggalkan kawasan terjejas, berkuat kuasa selama 90 hari.
- Sekurang-kurangnya 33 terbunuh dan lebih 130 cedera sejak pertempuran tercetus semula Khamis lalu, melibatkan insiden berbalas tembakan, serangan mortar dan roket di kawasan sempadan yang dipertikaikan.
Nasihat yang sama turut dikeluarkan bagi Wilayah Sa Kaeo, Chanthaburi dan Trat di Thailand, berkuat kuasa mulai pukul 5 petang.
"Kami menggesa rakyat Korea Selatan yang merancang untuk ke kawasan di bawah nasihat perjalanan khas supaya membatalkan atau menangguhkan perjalanan mereka. Bagi mereka yang berada di kawasan terjejas, dinasihatkan berpindah ke lokasi yang lebih selamat," kata kementerian itu dalam satu kenyataan.
Pada Jumaat, kementerian berkenaan telah mengeluarkan nasihat perjalanan khas untuk kawasan sempadan tenggara Thailand iaitu Surin, Buri Ram, Si Sa Ket dan Ubon Ratchathani, termasuk pos kawalan sempadan Chiang Saen dan Mae Sai.
Wilayah sempadan barat laut Kemboja - Oddar Meanchey dan Preah Vihear - turut disenaraikan.
Sekurang-kurangnya 33 anggota tentera dan orang awam terbunuh manakala lebih 130 cedera sejak pertempuran tercetus semula Khamis lepas, melibatkan insiden berbalas tembakan, serangan mortar dan roket di kawasan sempadan yang dipertikaikan.
-- BERNAMA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami