awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Raja Permaisuri Agong berangkat saksikan JMR di Asian Le Mans 2026
MHS sedia kerjasama dengan kerajaan urus rumah ibadat Hindu secara sah
PETRONAS peroleh PSC bagi kluster permata di luar pantai Sabah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Korea Selatan tumpu sidang kemuncak tiga hala

Harits Asyraf Hasnan
Harits Asyraf Hasnan
06/08/2015
07:41 MYT
Korea Selatan tumpu sidang kemuncak tiga hala
Hubungan Jepun dengan China bertambah baik selepas pemimpin-pemimpin mereka mengadakan dua perbincangan sebelum ini di luar mesyuarat serantau. - Foto Bernama
Korea Selatan akan menumpukan segala usaha untuk mengadakan sidang kemuncak tiga hala pada tahun ini dengan China dan Jepun.
Menteri Luarnya, Yun Byung Se berkata sidang kemuncak itu akan membincangkan mengenai cara terbaik untuk meningkatkan kerjasama serantau dengan rakan sejawatannya dari kedua-dua negara jiran dan Asia Tenggara.
Yun menetapkan matlamat untuk merealisasikan sidang kemuncak itu yang ditunda selama tiga tahun kerana masalah berterusan berpunca daripada pertikaian sejarah dan wilayah.
"Ketiga-tiga negara perlu senada untuk memulihkan sepenuhnya rangka kerja kerjasama tiga hala... Seoul akan terus berusaha untuk mengadakan sidang kemuncak itu pada akhir tahun 2015," katanya dalam ucapan pembukaan pada Mesyuarat ASEAN Campur Tiga di sini, hari ini.
Rangka kerja ASEAN Campur Tiga merupakan mekanisme kerjasama serantau yang diinstitusikan dan hubungan yang lebih rapat antara China, Jepun dan Korea Selatan adalah penting untuk keamanan dan kestabilan di rantau ini yang dilihat sebagai enjin utama pertumbuhan ekonomi di dunia.
Mesyuarat ASEAN Campur Tiga merupakan kesempatan terbaik yang jarang berlaku kepada diplomat ketiga-tiga negara itu untuk sama-sama berbincang.
Yun, Menteri Luar China, Wang Yi dan rakan sejawatnya dari Jepun, Fumio Kishido mengadakan mesyuarat tiga hala pertama mereka dalam tempoh tiga tahun, Mac lalu.
Pada mesyuarat di Seoul, mereka mengambil keputusan untuk meneruskan usaha ke arah mengadakan sidang kemuncak pemimpin mereka yang pada masa sama menjadi platform pemudah cara.
Hubungan Jepun dengan China bertambah baik selepas pemimpin-pemimpin mereka mengadakan dua perbincangan sebelum ini di luar mesyuarat serantau di mana yang terbaru adalah pada April lalu di Indonesia.
Bagaimanapun, Perdana Menteri Jepun, Shinzo Abe dan Presiden Korea Selatan, Park Geun Hye masih belum mengadakan perbincangan rasmi.
Topic Berkaitan
#ASEAN
#China
#Jepun
#Korea
#Malaysia
#wang yi
#Yun Byung Se
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan