awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
"Pecat betul-betul, jangan baling batu sembunyi tangan macam pondan" - Wan Ahmad Fayhsal
PM Anwar ucap tahniah kepada PM Jepun, Sanae Takaichi menang pilihan raya
LaLiga: Facundo Garces kembali dalam kesebelasan utama Alaves tapi...
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Korea Utara beri amaran keras terhadap latihan Korea Selatan-AS

Bernama
Bernama
17/02/2023
10:58 MYT
Korea Utara beri amaran keras terhadap latihan Korea Selatan-AS
Korea Utara memberi amaran akan "mengambil tindakan yang tidak pernah dilihat sebelum ini" andai Korea Selatan dan Amerika Syarikat (AS) meneruskan latihan ketenteraan seperti dirancang. - Gambar fail/AP
SEOUL: Korea Utara pada Jumaat memberi amaran akan "mengambil tindakan yang tidak pernah dilihat sebelum ini" andai Korea Selatan dan Amerika Syarikat (AS) meneruskan latihan ketenteraan seperti dirancang.
Jurucakap kementerian luar Korea Utara mengeluarkan amaran itu ketika Seoul dan Washington merancang mengadakan latihan Freedom Shield dalam tempoh beberapa minggu akan datang, lapor Agensi Berita Yonhap.
"Sekiranya AS dan Korea Selatan melaksanakan rancangan yang telah diumumkan yang dianggap oleh Korea Utara sebagai persediaan untuk perang, mereka perlu berdepan tindak balas berterusan yang tidak pernah berlaku sebelum ini," kata jurucakap itu dalam satu kenyataan yang disiarkan oleh Agensi Berita Korea Utara (KCNA).
Jurucakap itu memetik beberapa siri latihan yang didakan pada awal tahun ini, termasuk yang melibatkan pengebom strategik dan jet pejuang stealth serta rancangan untuk mengadakan kira-kira 20 latihan berskala besar.
"Keadaan di semenanjung Korea dan rantau itu mungkin akan kembali bergolak dan ketegangan yang semakin memuncak," kata pegawai itu.
Jurucakap itu turut menempelak tindakan Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSC) kerana "memaksa" mengadakan sesi mengenai isu Korea Utara pada minggu ini.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Korea Utara
#latihan Korea Selatan-AS
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan