Korea Utara kecam keputusan Trump

Agensi
Disember 9, 2017 10:40 MYT
Kerajaan Korea Utara kecam tindakan keji Trump -Foto fail
Keputusan Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump mengisytihar Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel mendapat kecaman kerajaan Korea Utara.
Dalam kenyataan yang dikeluarkan Kementerian Luar Korea Utara pada Sabtu, tindakan itu merupakan penghinaan terhadap legitimasi antarabangsa.
"Amerika Syarikat perlu bertanggungjawab ke atas ketegangan dan ketidakstabilan yang diwujudkan di Timur Tengah akibat tindakan melulu ini.
"Tindakan ini seolah tidak menghiraukan persetujuan global mengenai masalah ini dan patut dihukum serta ditolak," jelas kenyataan tersebut yang dikeluarkan oleh Buletin KRT
Pengumuman Trump pada Rabu membangkitkan kemarahan masyarakat antarabangsa serta dunia Arab biarpun beliau menganggap pengiktirafan itu tidak akan mengubah status quo Baitulmaqdis sebagai kota suci kepada tiga agama.
Setakat ini, dua nyawa terkorban dalam protes berhubung keputusan tersebut.
#Baitulmaqdis #Buletin KRT #Donald Trump #Dunia Arab #ibu negara Israel #kecam Trump #Kementerian Luar Korea Utara #Korea Utara #KRT TV #masyarakat antarabangsa