awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Penganjuran Terbuka Malaysia lebih mencabar
Pahang rekod kehadiran 15.2 juta pelancong pada 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Korea Utara lancar 2 peluru berpandu balistik jarak dekat ke Laut Timur

Bernama
Bernama
19/07/2023
09:34 MYT
Korea Utara lancar 2 peluru berpandu balistik jarak dekat ke Laut Timur
Korea Utara melancarkan dua peluru berpandu balistik jarak dekat ke Laut Timur pada Rabu. -Foto AP
SEOUL: Korea Utara melancarkan dua peluru berpandu balistik jarak dekat ke Laut Timur pada Rabu, selepas kapal selam peluru berpandu balistik nuklear Amerika Syarikat (AS) tiba di sini dan sesi perasmian dialog keselamatan Korea Selatan-AS yang baharu.
Ketua Turus Bersama (JCS) berkata ia mengesan pelancaran dari kawasan Sunan di Pyongyang antara 3.30 pagi dan 3.46 pagi, merentasi 550 kilometer sebelum terhempas ke dalam laut.
JCS mengecam pelancaran itu sebagai "tindakan provokasi" yang menjejaskan keamanan bukan sahaja di Semenanjung Korea tetapi juga masyarakat antarabangsa, dan pelanggaran "jelas" terhadap resolusi Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.
"Tentera kami akan mengekalkan postur kesiapsiagaan berdasarkan keupayaan untuk bertindak balas secara besar-besaran terhadap sebarang provokasi Korea Utara," Agensi Berita Yonhap memetik JCS sebagai berkata dalam mesej teks yang dihantar kepada pemberita.
Pelancaran peluru berpandu itu dibuat selepas Korea Selatan dan AS mengadakan mesyuarat Kumpulan Perundingan Nuklear (NCG) di Seoul pada hari sebelumnya.
pyongyang melancarkan peluru berpandu balistik antara benua (ICBM) Hwasong-18 pada 12 Julai.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Korea Utara
#peluru berpandu balistik
#Amerika Syarikat
#Laut Timur
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan