awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Polis kenal pasti semua 40 mangsa kebakaran bar di pusat peranginan ski Switzerland
AS tidak akan mentadbir Venezuela, tetapi akan beri tekanan perubahan melalui sekatan minyak
Mayat jurulatih bola sepak Sepanyol ditemukan selepas tragedi kapal di Indonesia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Korea Utara lancar dua peluru berpandu ke perairan Jepun

Agensi
Agensi
25/03/2021
05:30 MYT
Korea Utara lancar dua peluru berpandu ke perairan Jepun
Korea Utara menunjukkan perkembangan keupayaan persenjataannya di bawah pimpinan Kim Jong Un, dengan menguji peluru berpandu yang dikatakan mampu sampai ke kawasan AS ketika hubungan kedua negara bergolak pada 2017. - Gambar fail/REUTERS
PYONGYANG: Korea Utara melancarkan dua peluru berpandu balistik di perairan Jepun, pertama sejak pentadbiran Presiden baharu Amerika Syarikat (AS), Joe Biden.
Reuters melaporkan, kejadian itu berlaku hanya beberapa hari selepas Korea Utara menembak dua peluru berpandu bukan balistik ke Laut Kuning.
Perkembangan terbaharu itu selepas Pyongyang menguji dua peluru berpandu bukan balistik ke arah Barat menghadap China pada hujung minggu lalu.
Ia susulan latihan ketenteraan antara Korea Selatan dengan AS dan lawatan ke rantau ini oleh Setiausaha Negara AS, Antony Blinken dan Setiausaha Pertahanan AS, Lloyd Austin untuk membincangkan isu kerjasama dan keselamatan.
Dalam pada itu, Jepun memaklumkan tiada sebarang serpihan peluru berpandu dikesan di kawasan perairannya.
Korea Utara menunjukkan perkembangan keupayaan persenjataannya di bawah pimpinan Kim Jong Un, dengan menguji peluru berpandu yang dikatakan mampu sampai ke kawasan di AS, ketika hubungan kedua negara bergolak pada 2017.
Ia juga mempunyai sejarah panjang yang gemar menggunakan ujian senjata sebagai tindakan provokasi.
Pun begitu, Ketua Kakitangan Gabungan Korea Selatan dalam satu kenyataan membritahu, pelancaran dua peluru berpandu itu adalah 'peluru berpandu yang tidak dikenali'.
Ujian percubaan itu dilakukan ketika pentadbiran Biden berusaha untuk memulakan semula hubungan dengan Korea Utara.
White House dan sekutunya berusaha menyemak semula dasar terhadap Kore Utara.
Topic Berkaitan
#peluru berpandu balistik
#Jepun
#Korea Utara
#Amerika Syarikat
#Joe Biden
#politik antarabangsa
#ketenteraaan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan