awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
PBB adakan mesyuarat tergempar isu pengiktirafan Somaliland oleh Israel
Perak tambah peruntukan Perak Pawsitive Initiative kepada RM0.3 juta
Pelakon legenda Perancis Brigitte Bardot meninggal dunia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Korea Utara lancar peluru berpandu ke ruang udara Jepun, penduduk diarah berlindung

Astro Awani
Astro Awani
04/10/2022
03:35 MYT
Korea Utara lancar peluru berpandu ke ruang udara Jepun, penduduk diarah berlindung
Pemimpin Korea Utara Kim Jong Un (tengah) berjalan di hadapan peluru berpandu 'intercontinental ballistic missile' (ICBM) dalam gambar yang diterbitkan pada 24 Mac 2022. -Gambar fail/Korean Central News Agency
TOKYO: Korea Utara dilapor melancarkan peluru berpandu yang dikesan melintasi ruang udara Jepun pada Selasa.
Memetik laporan AFP, kerajaan Jepun mengarahkan penduduk di kawasan utara Hokkaido untuk berlindung di kawasan lebih selamat.
Dalam satu kenyataan, peluru berpandu itu dikesan di ruang udara wilayah Jepun sebelum jatuh ke Lautan Pasifik.
Pejabat Perdana Menteri Jepun mengesahkan sekurang-kurangnya satu peluru berpandu ditembak dari pantai timur Korea Utara.
Pada jam 7.29 pagi waktu tempatan, sistem amaran peluru berpandu negara telah diaktifkan dengan mesej amaran turut disiarkan di saluran televisyen NHK.
"Korea Utara telah melancarkan peluru berpandu. Sila berpindah ke dalam bangunan atau bawah tanah."
NHK memaklumkan amaran itu berkuat kuasa di dua wilayah utara Jepun, di mana haluan peluru berpandu itu disasarkan.
Dalam satu kenyataan, pengawal pantai Jepun berkata peluru berpandu itu mendarat di lautan Pasifik dan memberi amaran kepada kapal supaya tidak mendekati sebarang objek yang jatuh.
Peluru berpandu itu dilapor jatuh di Lautan Pasifik kira-kira 3,000 kilometer dari Jepun. Tiada kecederaan dilaporkan.
Difahamkan ini merupakan kali pertama Korea Utara melancarkan peluru berpandu di ruang udara Jepun sejak 2017.
Topic Berkaitan
#Korea Utara
#Jepun
#peluru berpandu
#Kim Jong Un
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan