Syarikat penerbangan ternama dari Korea Selatan, Korean Air berkata bahawa anak-anak kapal syarikat itu telah mengikut prosedur yang ditetapkan syarikat sewaktu cuba mengawal seorang penumpang dalam satu penerbangan baru-baru ini.
Kenyataan itu dikeluarkan selepas bintang 80-an, penyanyi Richard Marx memuat naik status di Twitter yang mendakwa dia terpaksa membantu anak kapal syarikat itu yang “tidak terlatih” bagi mengawal keadaan.
Marx dan isterinya dikatakan sedang dalam penerbangan dari Vietnam ke Lapangan Terbang Incheon di Korea, apabila seorang penumpang mula menyerang penumpang di sebelah tempat duduknya dan anak-anak kapal.
“Penumpang di sebelah kami menyerang penumpang lain dan anak kapal. Mereka (anak-anak kapal) adalah sangat tidak terlatih,” jelas Marx di Twitter, memuat naik gambar-gambar beliau sedang mengawal keadaan tersebut.
Gambar-gambar tersebut yang diambil oleh isteri Marx, pengacara TV dan model Daisy Fuentes dan dimuat naik di laman Twitter dan Facebook, menunjukkan seorang penumpang lelaki menarik seorang pramugari dan seorang anak kapal sedang mengacukan pistol renjat.
Menurut Fuentes, kesemua pramugari tidak tahu menggunakan pistol renjat itu mahupun menggunakan tali untuk mengikat lelaki tersebut serta “tidak dapat mengawal lelaki tersebut”.
Marx berkata, keadaan tersebut terjadi selama empat jam sehingga beliau dan penumpang lain menolong dan mengikat lelaki tersebut dngan tali.
Penumpang lelaki tersebut diserahkan kepada pihak polis sejurus tiba di Incheon dan didakwa atas kesalahan menyerang dan melanggar peraturan keselamatan udara.
“Korean Air seharusnya dikenakan tindakan kerana tidak mengetahui cara untuk mengawal keadaan seperti ini tanpa campur tangan penumpang,” jelas Marx di Facebook.
Jurucakap Korean Air Sung Suk-Jae berkata, kesemua anak kapal telah menerima arahan keselamatan dan melaksanakannya mengikut protokol.
Sung sedia maklum bahawa kesemua anak kapal menerima bantuan dari penumpang lain dan kes akan disiasat.
AFP
Wed Dec 21 2016
Menurut Fuentes, kesemua pramugari tidak tahu menggunakan pistol renjat itu mahupun menggunakan tali untuk mengikat lelaki tersebut serta -tidak dapat mengawal lelaki tersebut-. - Twitter - @richardmarx
Protes diteruskan hingga Suk Yeol dipecat
Para penunjuk perasaan kekal mengadakan protes di bandar Seoul agar Presiden Yoon Suk Yeol dipecat daripada jawatannya.
Cubaan serbu pejabat Presiden Yoon Suk Yeol gagal
Menurut media tempatan, pihak polis tidak dapat memasuki bangunan utama kerana gagal mencapai persetujuan dengan pihak perkhidmatan rahsia mengenai kaedah penggeledahan dan penyitaan.
Bekas Menteri Pertahanan Korea cuba bunuh diri
Menurut Ketua Pesuruhajaya Perkhidmatan Korea, Shin Yong Hae pada Rabu, Kim kini sedang menerima rawatan susulan dan berada dalam keadaan stabil.
Seorang menteri Afghanistan terbunuh dalam letupan
Seorang menteri utama dalam pentadbiran sementara Taliban Afghanistan terbunuh pada Rabu dalam letupan di ibu negara Kabul.
PBB akan undi gencatan senjata segera dilaksanakan
Resolusi itu juga menuntut pembebasan semua tebusan dan akses tanpa halangan untuk bantuan kemanusiaan kepada Gaza.
Fenomena La Nina berkembang lebih 50 peratus hingga Feb 2025
Kemungkinan lebih 50 peratus fenomena La Nina dilaporkan akan berkembang dalam tempoh tiga bulan mendatang.
127 terbunuh dalam dua hari di Sudan
Terbaharu pada Selasa, kumpulan hak asasi manusia, Emergency Lawyers memaklumkan sekurang-kurangnya 20 termasuk 14 orang yang menaiki bas terbunuh di Omdurman, Sudan.
Suspek bunuh CEO bakal mohon esktradisi
Menurut peguam Luigi Mangiyone, Thomas Dickey, pihaknya akan melakukan permohonan itu mengikut peraturan undang-undang perlembagaan.
[TERKINI] Harimau Malaya raih tiga mata berharga, tewaskan Timor Leste
Skuad Harimau Malaya mencatatkan kemenangan pertama kumpulan A dalam saingan Piala ASEAN 2024 selepas menewaskan Timor Leste 3-2.
Astro sambung hak eksklusif EPL hingga 2027/28
Selain siaran langsung, Astro turut akan menerbitkan kandungan istimewa seperti wawancara eksklusif dan siri "From KL to PL" yang akan ditayangkan pada Januari 2025.
Korean Air tolak dakwaan 'kru tidak terlatih' oleh penyanyi Richard Marx
Syarikat penerbangan ternama Korea Selatan, Korean Air berkata bahawa anak-anak kapalnya mengikut prosedur syarikat dalam mengawal penumpang selepas bintang 80-an Richard Marx memuat naik status.