Koronavirus: Disneyland Shanghai ditutup bermula 25 Januari

Agensi
Januari 24, 2020 11:27 MYT
Disneyland Shanghai ditutup bermula 25 Januari sebagai langkah membantu China dalam menghentikan penyebaran virus berisiko tinggi tersebut yang setakat ini telah mengorbankan sebanyak 26 nyawa dan merekodkan sehingga 830 kes. - Reuters
Susulan penularan koronavirus yang semakin berleluasa di China, syarikat konglomerat Disney membuat keputusan untuk menutup taman tema Disneyland Shanghai buat sementara waktu sehingga notis selanjutnya dikeluarkan.
Ia akan ditutup bermula 25 Januari sebagai langkah membantu China dalam menghentikan penyebaran virus berisiko tinggi tersebut yang setakat ini telah mengorbankan sebanyak 26 nyawa dan merekodkan sehingga 830 kes.
Disneyland Shanghai sering menjadi kawasan tumpuan orang ramai terutama pada musim perayaan Tahun Baharu Cina.
Pada tahun lalu, pihak pengurusan taman tema itu terpaksa menghadkan penjualan tiket ekoran pengunjung yang terlalu ramai sehingga menyebabkan kesesakan.
Pengumuman penutupan taman tema itu dibuat menerusi lama web rasminya dan pada masa sama pihak pengurusan taman Disneyland Shanghai itu hanya menunggu tempoh kebenaran pengoperasian semula daripada pihak berkuasa.
Disneyland Shanghai telah dibuka pada Jun 2016 dengan menelan kos sehingga AS$5.5 bilion (RM22.4 bilion) sekali gus menjadi taman tema hiburan keeenam syarikat Disney dan yang ketiga di Asia.
BACA: Ini lima perkara yang anda perlu tahu mengenai koronavirus
BACA: Koronavirus: Wuhan bina hospital khas, dijangka siap minggu depan
BACA: Koronavirus: Tiada kes dilaporkan di JKN, Johor - KKM
#China #Disney #Disneyland #Disneyland Shanghai #Hospital #KKM #koronavirus #Shanghai #virus Wuhan #Wuhan