awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Shah Firdaus tidak sertai ACC 2026
LHDN kesan RM1.4 bilion pendapatan tidak dilapor hasil semakan e-Invois
Ahli Parlimen Filipina pertimbang usul pemecatan terhadap Presiden Marcos
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kos tinggalkan Gaza cecah AS$3,000 sebuah keluarga - UNRWA

Bernama
Bernama
19/09/2025
22:50 MYT
Kos tinggalkan Gaza cecah AS$3,000 sebuah keluarga - UNRWA
UNRWA menggesa masyarakat antarabangsa menyalurkan bantuan bagi meringankan tekanan kewangan dan kemanusiaan yang semakin meningkat terhadap keluarga pelarian di Gaza. - Gambar fail Reuters
ANKARA: Kos yang perlu ditanggung sebuah keluarga untuk meninggalkan rumah mereka di Bandar Gaza ketika serangan Israel kini dianggarkan mencecah AS$3,180, kata Agensi Bantuan dan Kerja Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian Palestin di Asia Barat (UNRWA) pada Jumaat, ketika kekurangan bahan api, larangan bekalan tempat perlindungan dan ruang sementara yang sesak memburukkan lagi krisis kemanusiaan, lapor Anadolu Ajansi.
Dalam satu kenyataan di platform media sosial X, UNRWA menekankan pelbagai cabaran termasuk kekurangan bahan api, larangan hampir tujuh bulan terhadap bekalan tempat perlindungan UNRWA, kesesakan dan kesukaran mencari ruang perlindungan sementara, serta kemerosotan pendapatan isi rumah selepas hampir dua tahun perang.
Infografik yang disertakan menunjukkan anggaran kos bagi sebuah keluarga yang mencari perlindungan: AS$1,000 untuk teksi, AS$2,000 untuk khemah keluarga dan AS$180 untuk ruang tanah - menjadikan jumlah keseluruhan AS$3,180.
UNRWA menggesa masyarakat antarabangsa menyalurkan bantuan bagi meringankan tekanan kewangan dan kemanusiaan yang semakin meningkat terhadap keluarga pelarian di Gaza.
Sejak 7 Okt 2023, Israel telah melancarkan serangan genosid terhadap Gaza yang mengakibatkan lebih 65,100 rakyat Palestin terbunuh, kebanyakannya wanita dan kanak-kanak.
Ratusan ribu penduduk telah dipaksa berpindah, manakala kebuluran meragut sekurang-kurangnya 440 nyawa warga Palestin, termasuk 147 kanak-kanak.
-- BERNAMA
Dapatkan berita terkini di sini
Topic Berkaitan
#israel serang gaza
#kos tinggalkan Gaza
#NRWA
#krisis kemanusiaan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan