awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Polis Perancis serbu pejabat X di Paris ketika Elon Musk berdepan saman
Presiden Persatuan Sepak Takraw Thailand letak jawatan
Sepanyol bakal haramkan remaja bawah 16 tahun guna media sosial
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kotak hitam kedua pesawat EgyptAir ditemui

Agensi
Agensi
17/06/2016
11:02 MYT
Kotak hitam kedua pesawat EgyptAir ditemui
Antara serpihan pesawat EgyptAir yang ditemui pasukan mencari. - AFP PHOTO / Egyptian Military / HO
Pasukan pencari telah menjumpai kotak hitam kedua daripada pesawat EgyptAir MS804 yang terhempas di Laut Mediteranean sebulan lalu, lapor penyiasat Mesir pada Jumaat.
Alat perakam tersebut, yang mengumpul maklumat mengenai kelajuan, ketinggian dan arah pesawat, telah ditemui dalam keadaan beberapa serpihan, sehari selepas perakam suara kokpit pesawat tersebut dijumpai.
Semalam, pihak berkuasa penerbangan Mesir memaklumkan, pasukan pencari telah menemui kotak hitam perakam suara pesawat terbabit.
Perakam itu ditemui dalam keadaan berkecai namun pakar telah berjaya menemui cip memori yang penting, menurut satu kenyataan dikeluarkan hari ini.
Para pegawai berkata mereka sedang membuat persediaan untuk memindahkan kotak hitam perakam suara itu dari Mediterranean ke Mesir untuk dianalisa, menurut satu kenyataan Khamis.
Perakam suara kokpit merakam perbualan dan bunyi lain dalam kabin juruterbang.
Penemuan itu dibuat beberapa jam selepas robot menemui bahagian utama pesawat itu di dasar Laut Mediterranean.
Topic Berkaitan
#EgyptAir
#egyptair ms804
#kotak hitam kedua
#Serpihan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan