awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Anggota tentera putus kaki angkara pikap buat pusingan U
Afrika Selatan sasar ketibaan dua kali ganda pelancong dari Malaysia tahun ini
OM selesaikan ganjaran hadiah kewangan bekas atlet olahraga
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Krisis di Gaza: “Bayi saya menangis kelaparan setiap malam, perutnya sakit”

Agensi
Agensi
25/05/2025
00:10 MYT
Krisis di Gaza: “Bayi saya menangis kelaparan setiap malam, perutnya sakit”
Orang ramai berduka ketika menghadiri pengebumian mangsa serangan udara Israel di Hospital Nasser, Khan Younis, selatan Semenanjung Gaza, pada Jumaat lalu. - Gambar Reuters
GAZA: Dalam keadaan serba kekurangan akibat perang berpanjangan, para ibu di Gaza kini berjuang setiap hari untuk mencari makanan dan air demi anak-anak mereka.
Nady Nasrallah, seorang ibu yang dipaksa berpindah dari rumahnya di Gaza City, merayu kepada masyarakat dunia agar membantu.
“Kami perlukan air bersih dan makanan. Anak-anak saya minta roti sejak pagi tadi, tapi saya tiada apa-apa untuk diberikan,” katanya kepada agensi berita AFP.
Seorang lagi ibu, Mervat Hijazi yang turut kehilangan tempat tinggal bersama sembilan anaknya mengakui rasa malu kerana tidak mampu menyediakan keperluan asas untuk keluarga.
“Saya menangis setiap malam bila bayi saya menangis kelaparan, perutnya sakit,” katanya dalam temu bual bersama Reuters.
Menurut Hijazi, anak perempuannya yang berusia enam tahun, Zaha, sukar untuk tidur akibat bunyi letupan dan serangan udara Israel.
“Dia akan terjaga dalam ketakutan, menggigil, kemudian tersedar yang dia belum makan dan kelaparan.
Saya pujuk dia tidur semula, janji akan beri makan esok pagi. Sudah tentu, saya terpaksa berbohong,” luah Hijazi dalam nada sebak.
Kisah ini menggambarkan krisis kemanusiaan yang semakin meruncing di Gaza, dengan ibu bapa terpaksa memendam derita demi memberi sedikit harapan kepada anak-anak mereka. - Agensi
Dapatkan berita terkini di sini
Topic Berkaitan
#krisis Gaza
#krisis kebuluran di Gaza
#anak-anak Palestin
#israel serang gaza
#Bantuan kemanusiaan Gaza
#genosid di Gaza
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan