awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Lelaki rancang bunuh Trump dihukum penjara seumur hidup
Kelayakan Piala Dunia: FIFA jatuhkan hukuman berat, gantung 'orang kuat' Indonesia
Cuaca panas: JPS Perak mohon operasi pembenihan awan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Afrika Selatan sasar ketibaan dua kali ganda pelancong dari Malaysia tahun ini

Bernama
Bernama
04/02/2026
23:00 MYT
Afrika Selatan sasar ketibaan dua kali ganda pelancong dari Malaysia tahun ini
Pada 2025, Afrika Selatan menerima 7,773 pelawat Malaysia meningkat 17.3 peratus berbanding tahun sebelumnya. - Foto X/Africa First
KUALA LUMPUR: Afrika Selatan optimis untuk menggandakan bilangan ketibaan pelancong dari Malaysia tahun ini susulan peningkatan ketibaan tahun lepas, kata Menteri Pelancongan negara itu, Patricia de Lille.
Berucap di sini pada Rabu semasa lawatan beliau ke Asia Tenggara, Patricia de Lille berkata, pada 2025, Afrika Selatan menerima 7,773 pelawat Malaysia meningkat 17.3 peratus berbanding tahun sebelumnya.
Beliau menegaskan bahawa Afrika Selatan dan Malaysia berkongsi hubungan bersejarah yang bermula lebih 300 tahun lepas dengan komuniti Cape Malays, selain negara itu menawarkan pelbagai pilihan pelancongan mesra Muslim termasuk masakan halal dan infrastruktur berkaitan.
"Selain pelancong Malaysia menikmati layanan mesra dan hidupan liar kami, kami ingin berkongsi bahawa kami mempunyai lebih banyak yang ditawarkan," kata Lille.
"Tahun lepas, kami melancarkan Pusat Interpretasi Dinosaur Kgodumodumo, di mana embrio dinosaur tertua di dunia ditemui," katanya, sambil menyatakan pusat itu menarik lebih 80,000 pengunjung sejak pelancarannya.
Sementara itu, menurut kenyataan South African Tourism, Malaysia terus mengukuhkan kedudukannya sebagai pasaran sumber utama Afrika Selatan di Asia Tenggara, dipacu oleh permintaan perjalanan yang mantap, peningkatan ketibaan dan pemulihan perbelanjaan pelawat ke tahap rekod.
Kenyataan itu menyebut, secara keseluruhan, perjalanan keluar dari Malaysia dijangka meningkat pada kadar pertumbuhan tahunan berganda 8.1 peratus antara 2024 dan 2030, disokong oleh permintaan yang berterusan dalam segmen perniagaan dan rekreasi.
"Pelancong Malaysia menunjukkan minat yang memberangsangkan terhadap pengalaman rekreasi, hidupan liar, budaya, dan perniagaan, kembali ke tahap sebelum pandemik dan mencerminkan pemulihan yang kukuh.
Permintaan ini memberi peluang untuk memperluas penawaran pelancongan Afrika Selatan sambil memperkukuh kerjasama melalui promosi pelancongan bersama, perkongsian ilmu dan inisiatif strategik," menurut kenyataan itu.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#pelancong malaysia
#Afrika Selatan
#penerbangan
#pertumbuhan
#inisiatif strategik
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan