Satu perjanjian telah ditandatangani pada Jumaat untuk menamatkan krisis di Ukraine dengan penunjuk perasaan yang telah berkumpul sejak November untuk menunjukkan bantahan terhadap perjanjian yang meletakkan negara itu lebih dekat dengan Rusia dan jauh daripada Eropah.

Berikut adalah orang-orang penting dan institusi yang terlibat.

Viktor Yanukovych, 63

Yanukovych merupakan presiden Ukraine yang mengulangi pendiriannya sepanjang 2013 bahawa dia akan menandatangani persetujuan untuk mengukuhkan hubungan negara itu dengan Kesatuan Eropah.

Namun segalanya berubah setelah Yanukovych bermesyuarat selama lapan jam bersama presiden Rusia, Vladimir Putin dalam satu pertemuan yang tidak digembar-gemburkan.

Yanukovych berasal dari timur tengah kawasan perindustrian Donetsk dan telah dipenjarakan ketika era Soviet. Sebagai presiden, beliau telah bertindak melebih-lebihkan kalangan terapatnya dari Donetsk.

Para penunjuk perasaan berkata, mereka tidak akan berganjak dari Maidan atau Dataran Kemerdekaan di Kiev, pusat bandar Ukraine sehingga Yakunovych meletakkan jawatan.


Arseniy Yatsenyuk, 39

Yatsenyuk merupakan ketua parti Fatherland, sebahagian daripada parlimen yang diasaskan oleh Yulia Tymoshenko, bekas perdana menteri yang dipenjarakan (sebelum 22 Feb 2014).

Yatsenyuk ialah seorang pakar ekonomi dan juga seorang peguam dan sentiasa menggambarkan dirinya sebagai seorang reformis yang mempunyai prinsip dan turut mempunyai beberapa perselisihan pendapat dengan Tymoshenko mengenai polisi dan politik.

Dalam satu perbualan yang diintip, Penolong Setiausaha Negara Amerika Syarikat, Victoria Nuland, dalam Biro Hal Ehwal Eropah dan Eurasia berkata, beliau yakin Yatsenyuk merupakan pemimpin protes yang mempunyai paling banyak pengalaman dalam ekonomi dan pentadbiran.


Vitali Klitschko, 42

Bekas juara tinju heavyweight WBO dan WBC yang bersara daripada sukan itu penghujung tahun lalu. Beliau kini menumpukan sepenuh masanya dalam politik menerusi parti UDAR, yang bermaksud ‘tumbuk’. Klitschko tidak mempunyai sebarang kaitan dengan Revolusi Jingga atau pun kerajaan yang menyokong gerakan itu, namun beliau merupakan seorang yang lantang mengkritik Yanukovych.


Oleh Tiahnybok, 45

Tiahnybok ialah ketua parti nasionalis, Svoboda. Yanukovych tidak menawarkan sebarang jawatan kepada Tiahnybok di dalam kerajaan pada Januari. Tiahnybok memuji kemunculan kumpulan penyokong bolasepak fanatik dan acapkalinya nasionalistik yang memberikan kelainan dalam nada pentadbiran Yanukovych.


Yulia Tymoshenko, 53

Parlimen Ukraine pada Jumaat, 22 Februari 2014 mengundi dan bersetuju untuk membebaskan Tymoshenko yang telah dipenjarakan sejak lebih dua tahun lalu kerana salah guna kuasa. Kesatuan Eropah mendesak pembebasan Tymoshenko dengan alasan “keadilan selektif” yang dipraktikan, namun Yanukovych masih gagal membebaskan Tymoshenko.

Tymoshenko terkenal apabila dia menjadi personafikasi Revolusi Jingga sembilan tahun lalu, di samping tempoh perkhidmatan yang penuh sukar dan bermasalah sebagai perdana menteri.

Penyokongnya sungguh bersemangat, namun begitu juga pengkritiknya.


Parlimen Ukraine

Rada Verkhovna pada Jumaat telah mengundi untuk kembali kepada perlembagaan 2004, yang memberikan parlimen dan bukan presiden, kuasa untuk memilih Perdana Menteri dan kebanyakan ahli kabinet. Ia sekaligus memberikan jawatan perdana menteri – satu jawatan yang kosong setelah perletakan jawatan Mykola Azarov pada 28 Januari lalu – kuasa paling banyak untuk mentadbir kerajaan.

Rada ialah sebuah badan ekadewan yang memiliki 450 kerusi di mana 442 daripadanya telah diisi.

Kementerian Dalam Negeri

Polis rusuhan yang digelar Berkut beroperasi di bawah Kementerian Dalam Negeri dan ditubuhkan sebagai angkatan elit ketika era Soviet, telah memimpin dalam pertempuran. Pada Jumaat, Rada telah bersetuju secara undian bagi menyingkirkan menteri Kementerian Dalam Negeri yang dipersalahkan di atas keganasan yang tercetus terhadap penunjuk perasan.

Tentera

Menurut laporan, angkatan tentera setakat ini tidak ditugaskan untuk mengawal penunjuk perasaan namun sebaliknya bertugas menjaga pangkalan dan tempat simpanan . Angkatan tentera tidak mempunyai dana yang banyak atau mempunyai kekuatan sehebat Kementerian Dalam Negeri, namun memiliki senjata yang mahu dielakkan oleh pembangkang dan beberapa pemimpin luar daripada digunakan.