awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Menantu, bapa mentua dihukum penjara kesalahan rompak, pecah rumah
Aplikasi Daun dikemas kini dengan antara muka baharu, tersedia untuk Android dan iPhone
Peguam ditahan disyaki subahat seludup dadah ke penjara
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Krisis iklim adalah krisis kesihatan - WHO

Agensi
Agensi
12/11/2025
21:30 MYT
Krisis iklim adalah krisis kesihatan - WHO
Pintu masuk lokasi penganjuran Persidangan Perubahan Iklim PBB (COP30), sehari selepas penunjuk perasaan masyarakat Orang Asli menyerbu kawasan itu dan bertempur dengan pasukan keselamatan. - Gambar Reuters
GENEVA: Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menegaskan sudah tiba masanya isu kesihatan diberi ruang dalam rundingan rasmi di sidang kemuncak iklim COP, sambil menyifatkan krisis iklim sebagai krisis kesihatan.
Ketua Pengarah WHO, Dr Tedros Adhanom Ghebreyesus, yang menghadiri COP30 di Belem, Brazil minggu lalu berkata, kesihatan perlu menjadi agenda utama dalam perbincangan perubahan iklim.
“Kesihatan adalah alasan paling kukuh untuk tindakan iklim, tetapi terlalu lama ia hanya menjadi nota kaki dalam rundingan iklim,” katanya pada sidang media di Geneva.
Menurut Tedros, lebih mudah meyakinkan orang ramai tentang keperluan melindungi kesihatan mereka dan anak-anak berbanding melindungi glasier atau ekosistem.
“Kedua-duanya penting, tetapi satu lebih dekat dengan kehidupan kita,” ujarnya.
Hari Khamis akan menjadi ‘Hari Kesihatan’ di COP30, di mana tuan rumah Brazil dijangka mengumumkan pelan adaptasi perubahan iklim berfokuskan kesihatan, termasuk langkah membantu negara bersedia dengan sistem kesihatan dan menangani impak terhadap kesihatan.
“Krisis iklim adalah krisis kesihatan,” tegas Tedros.
Ketua bahagian alam sekitar dan perubahan iklim WHO, Rudiger Krech pula berkata, walaupun perbincangan mengenai kesihatan semakin banyak di COP, ia masih belum menjadi sebahagian daripada rundingan rasmi.
“Sudah tiba masanya kesihatan menjadi isu dalam rundingan formal, dan kami berharap ia berlaku di COP31 tahun depan,” katanya. - Agensi
Topic Berkaitan
#krisis iklim
#krisis kesihatan
#sidang kemuncak iklim COP
#COP30
#Tedros Adhanom Ghebreyesus
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan