DUNIA
'Krisis kelaparan Gaza lebih teruk daripada sebelum ini' - WFP gesa gencatan senjata segera

WFP beri amaran bahawa krisis kelaparan di Gaza kini berada pada tahap paling kritikal, dengan 500,000 penduduk berdepan kebuluran dan 90,000 kanak-kanak memerlukan rawatan segera akibat kekurangan zat makanan. -Gambar fail/AP
HAMILTON (Kanada): Program Makanan Sedunia (WFP) Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada Jumaat memberi amaran bahawa krisis kelaparan di Semenanjung Gaza kini berada pada tahap yang belum pernah berlaku sebelum ini, dengan usaha bantuan kemanusiaan terjejas akibat sekatan akses, lapor Anadolu Ajansi (AA).
Ringkasan AI
- Program Makanan Sedunia (WFP) memberi amaran bahawa krisis kelaparan di Gaza kini berada pada tahap paling kritikal, dengan 500,000 penduduk berdepan kebuluran dan 90,000 kanak-kanak memerlukan rawatan segera akibat kekurangan zat makanan.
- Usaha bantuan kemanusiaan terjejas teruk akibat sekatan akses, pemeriksaan keselamatan yang lama, dan kekurangan bahan api, menyebabkan pasukan bantuan tersekat berjam-jam di pusat pemeriksaan.
- WFP menekankan keperluan gencatan senjata segera kerana bantuan yang dibenarkan masuk masih tidak mencukupi untuk mengubah keadaan kelaparan yang semakin meruncing.
Beliau berkata laporan Klasifikasi Fasa Keselamatan Makanan Bersepadu (IPC) baru-baru ini mendapati 500,000 penduduk Gaza sedang berdepan kebuluran dan keadaan itu kini bertambah buruk.
"Kini, kadar kekurangan zat makanan semakin meningkat," katanya sambil menambah: "90,000 kanak-kanak kini memerlukan rawatan segera akibat kekurangan zat makanan. Seorang daripada tiga penduduk Gaza tidak makan selama beberapa hari."
Beliau turut berkongsi pengalaman bertemu keluarga yang hanya mampu bertahan dengan sup yang dimasak menggunakan "beberapa biji lentil atau beberapa keping pasta" dan ibu cuba menghalang anak mereka daripada bermain untuk menjimatkan tenaga kerana kekurangan makanan.
Menekankan peningkatan penduduk yang terpaksa berpindah, beliau berkata: "Saya bertemu keluarga yang telah berpindah dua atau tiga kali dalam tempoh 10 hari lalu; ada yang sudah berpindah 20 atau 30 kali," sambil menambah bahawa setiap pergerakan mengurangkan keupayaan mereka untuk terus hidup.
Skau juga menegaskan bahawa keupayaan WFP untuk beroperasi kini sangat terjejas akibat proses pemeriksaan keselamatan yang mengambil masa lama di pusat pemeriksaan dan kekurangan bekalan bahan api.
"Pasukan kami sering tersekat sementara menunggu kelulusan di pusat pemeriksaan, kadangkala terpaksa berada dalam kenderaan berperisai selama 15 hingga 20 jam berturut-turut untuk mengiringi konvoi," katanya.
Walaupun WFP dibenarkan menghantar bantuan melalui lintasan sempadan Zikim yang dikawal Israel ke utara Gaza buat kali pertama dalam beberapa hari, Skau memberi amaran bahawa perkembangan itu masih jauh daripada mencukupi.
"Ia tidak akan cukup untuk mengubah keadaan kelaparan, itu sudah pasti," tegasnya.
Sambil menekankan keperluan gencatan senjata, Skau berkata: "Saya tidak tahu bagaimana untuk menyatakannya dengan lebih jelas, tetapi gencatan senjata amat mendesak."
-- BERNAMA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami