awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pemuda UMNO anjur konvensyen khas, bincang hala tuju kedudukan dalam Kerajaan Perpaduan
Amaran ribut petir, hujan lebat di enam negeri hingga malam ini
Kompleks sukan akan dibina di Sungai Petani - Dr Mohammed Taufiq
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Krisis Myanmar: PBB desak negara serantau, antarabangsa bersatu

Astro Awani
Astro Awani
01/10/2021
01:14 MYT
Krisis Myanmar: PBB desak negara serantau, antarabangsa bersatu
PBB berkata pasukan keselamatan telah melakukan penindasan secara besar-besaran dan kejam terhadap penunjuk perasaan pro-demokrasi. - Foto fail/REUTERS
NEW YORK: Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) mendesak tindakan bersatu serantau dan antarabangsa untuk mencegah krisis di Myanmar menjadi konflik berskala besar dan malapetaka di Asia Tenggara.
Laporan Perhimpunan Agung PBB menunjukkan peluang untuk mencegah tentera junta memperkuatkan pemerintahannya mungkin semakin sempit.
Justeru, PBB mendesak negara-negara serantau dan antarabangsa membantu mengembalikan Myanmar ke jalan menuju reformasi demokratik.
Sejak rampasan kuasa tentera junta, PBB berkata pasukan keselamatan telah melakukan penindasan secara besar-besaran dan kejam terhadap penunjuk perasaan pro-demokrasi.
Pengarah Pejabat Perkhidmatan PBB Myanmar, Andrew Kirkwood berkata, pihaknya berada di lapangan untuk memberikan bantuan.
Namun jelasnya sukar untuk memberikan bantuan terhadap tiga juta orang yang memerlukan.
"Saya ingin menegaskan sekarang bahawa rakyat Myanmar benar-benar hidup dalam krisis yang teruk pada masa ini, tidak kira bagaimana seseorang menentukan istilah itu.
"Sebelum tentera mengambil alih, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu telah menyokong satu juta orang yang terjejas oleh konflik di negara itu dan jumlah itu, jumlah orang yang memerlukan bantuan kemanusiaan sekarang adalah tiga juta.
"Ia meningkat tiga kali ganda dalam tempoh lapan bulan terakhir. Dan di samping itu, kini terdapat 20 juta orang yang hidup di bawah garis kemiskinan, hampir separuh penduduk," katanya.
Rampasan kuasa tentera Myanmar berlaku pada 1 Februari 2021 dan sehingga kini PBB lapor lebih 8,000 orang awam telah ditahan dan 1,100 orang telah terkorban.
Topic Berkaitan
#Myanmar
#krisis
#Bersatu
#Asia Tenggara
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan