awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Arab Saudi terima ketibaan 19.5 juta jemaah haji, umrah pada 2025
Fokus perumahan mampu milik di bandar, bukan pilihan raya Datuk Bandar - Akmal
Lebih 3,000 pengunjung teruja rasai fenomena laut terbelah di Pulau Pangkor
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Krisis politik Guatemala: Pendakwa raya rampas dokumen pilihan raya

Bernama
Bernama
01/10/2023
05:25 MYT
Krisis politik Guatemala: Pendakwa raya rampas dokumen pilihan raya
Kesatuan Eropah dan Pertubuhan Negara-negara Amerika didakwa campur tangan dalam hal ehwal dalaman negara itu. - Gambar fail/ Reuters
BUENOS AIRES: Krisis politik di Guatemala semakin memuncak selepas pendakwa raya menyerbu tribunal pilihan raya negara itu untuk mendapatkan dokumen berkaitan pilihan raya presiden Ogos lalu, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).
Ejen Pejabat Peguam Negara memasuki ibu pejabat Tribunal Pilihan Raya dan merampas senarai rasmi keputusan pusat mengundi.
"Ini satu lagi babak dalam sejarah negara kita. Kita hanya boleh berharap ia akan berakhir dengan baik," kata Hakim Blanca Alfaro.
Beliau berkata keputusan pilihan raya telah pun diumumkan secara rasmi dan tidak boleh diubah.
Ketua Pejabat Pendakwa Khas, Rafael Curruchiche, menyifatkan serbuan itu sebagai operasi untuk menyelamatkan demokrasi dan kedaulatan.
Beliau menuduh Kesatuan Eropah dan Pertubuhan Negara-negara Amerika campur tangan dalam hal ehwal dalaman negara itu.
Bernardo Arevalo yang sering berkempen antirasuah telah dipilih sebagai presiden baharu Guatemala dalam pilihan raya penentu pada 20 Ogos dan kejayaan beliau mengejutkan pemerhati politik.
Sejak itu, Peguam Negara Consuelo Porras dan Curruchiche berusaha untuk menggantung partinya, dengan alasan penyelewengan pilihan raya dan sebab lain.
Pengkritik berkata mereka cuba melemahkan aspirasi pengundi dan menggugat Arevalo, selain untuk melindungi elit politik Guatemala yang telah berakar umbi.
Curruchiche telah dimasukkan ke dalam senarai Amerika Syarikat sebagai pegawai Amerika Tengah yang terpalit rasuah.
"Kami sedang berhadapan dengan serangan langsung dan sistematik terhadap integriti proses pilihan raya.
"Kita mesti melindungi, menghormati dan mempertahankan pilihan yang berdasarkan kehendak rakyat Guatemala pada pilihan raya," tulis Arevalo dalam satu kenyataan.
Arevalo dijadual mengangkat sumpah jawatan pada Januari.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Guatemala
#krisis politik
#pilihan raya
#pendakwa raya
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan