ANKARA: Presiden Turkiye, Recep Tayyip Erdogan berhasrat untuk memperhebatkan rundingan bersama Rusia dan Ukraine.
Hasrat itu adalah dengan mencapai perjanjian mengenai rancangan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) untuk mengeksport bijirin Ukraine ke pasaran dunia.
Turkiye sedang bekerjasama dengan PBB, Ukraine dan Rusia dalam pelan PBB untuk membolehkan jutaan bijirin Ukraine yang berada dalam silo dihantar melalui koridor selamat di Laut Hitam.
Kata Erdogan, pihaknya akan meningkatkan perbincangan dalam masa seminggu atau 10 hari dan cuba mencapai keputusan.
Erdogan berkata demikian dalam sidang media bersama dengan Perdana Menteri Itali, Mario Draghi.
Ukraine adalah salah satu pengeksport terbesar dunia bagi gandum, jagung dan minyak bunga matahari.
Tetapi pencerobohan Rusia dan sekatan pelabuhannya telah menghentikan sebahagian besar aliran itu, membahayakan bekalan makanan ke banyak negara membangun, terutamanya di Afrika.
Sementara itu, Draghi memuji kemungkinan perjanjian itu sebagai penting bukan sahaja untuk mendapatkan bijirin dan baja kepada negara berpendapatan rendah, tetapi ia akan mewakili kali pertama Ukraine dan Rusia mencapai persetujuan selepas berperang.
Minggu lalu, Draghi berkata rancangan PBB untuk mengeksport bijirin Ukraine melalui koridor laut yang selamat boleh menjimatkan beberapa minggu hingga sebulan masa yang berharga untuk mengosongkan silo sebelum penuaian musim luruh kerana ia tidak memerlukan pemusnahan pelabuhan.
Beliau berkata rancangan itu memerlukan kelulusan akhir Rusia.
Astro Awani
Wed Jul 06 2022

Kata Erdogan, pihaknya akan meningkatkan perbincangan dalam masa seminggu atau 10 hari dan cuba mencapai keputusan. - Foto REUTERS

RM40 juta kos selenggara di Cameron Highlands - TNB
Kos tersebut antara yang tertinggi berbanding negeri lain ekoran masalah bahan buangan di kawasan itu adalah yang paling teruk.

KDNK | Pertumbuhan KDNK suku kedua Malaysia 8.9 peratus
Ketua Jabatan Ekonomi dan Penyelidikan KWSP Dr Afzanizam Rashid menjelaskan, ini menunjukkan dasar-dasar kerajaan sebelum ini memberi kesan yang diharapkan rakyat setelah kegiataan ekonomi dibuka dengan baik serta pembukaan sempadan negara yang disokong oleh pasaran buruh yang semakin baik. Angka perbelanjaan pengguna juga dilihat melonjak kepada 18.3 peratus, memberi gambaran ekonomi domestik berada didalam keadaan yang baik.

Pergaduhan Kartel | 11 maut termasuk orang awam
Seramai 11 orang maut, termasuk orang awam dalam kejadian rusuhan kartel yang bermula di dalam penjara sebelum merebak ke jalan-jalan di Ciudad Juarez, Mexico City pada Jumaat. Menurut Timbalan Setiausaha Keselamatan Kerajaan, Ricardo Mejia Berdeja, keganasan tercetus di dalam penjara negeri apabila ahli kartel dadah Mexicles menyerang ahli Chapos pada tengahari.

Ribut | Peruntukan RM1 juta baiki kerosakan rumah
Seramai 93 mangsa daripada 22 keluarga insiden ribut di rumah pangsa ros merah di Taman Johor Jaya di pindahkan di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Dewan Serbaguna Taman Johor Jaya, Dalam masa sama, kerajaan Johor akan berusaha mendapatkan bantuan membaik pulih segera yang dianggarkan melibatkan kos RM1 juta.

Sarawak perlu lebih ramai jurutera kimia - Abang Johari
Kepakaran dalam bidang itu amat diperlukan di Sarawak dengan adanya dua cadangan pelaburan petrokimia di Bintulu.

Dari pondok kayu ke Rumah Rakyat Pahang
Mohd Sabree melahirkan rasa syukur menerima rumah baharu secara percuma yang diberikan Kerajaan Pahang di Kampung Temai Hilir.

Gempa bumi sederhana melanda Selatan Sumba, Indonesia
Gempa itu tidak membawa ancaman tsunami kepada Malaysia.

Sukan Perpaduan Islam: Irfan Shamsuddin dibatasi kecederaan
Dia melakar catatan 59.37m menerusi balingan pertamanya dan hanya menyempurnakan dua lontaran daripada baki aksi.

Karachi, bandar paling tidak sesuai didiami di dunia
Ia diburukkan lagi dengan isu kebersihan apabila sampah dan sisa makanan dibuang di tepi jalan, mengundang ketidakselesaan.

3,942 kes baharu COVID-19, empat kematian
Pengurangan itu menjadikan jumlah keseluruhan kes kepada 4.69 juta sejak pandemik melanda negara.

Turkiye harap Rusia, Ukraine laksanakan perjanjian eksport bijirin - Erdogan
Presiden Turkiye menggesa pihak-pihak yang menandatangani perjanjian supaya menghapuskan sekatan eksport bijirin Laut Hitam Ukraine.

Turkiye azam banteras pengganas di Syria - Presiden Erdogan
"Ia mesti difahami dengan jelas bahawa tidak ada ruang pada masa depan untuk keganasan pemisah dan kesinambungannya di wilayah kita."

Malaysia hasrat bangunkan industri pertahanan menerusi kerjasama dengan Turkiye
Malaysia berhasrat membangunkan industri pertahanan menerusi kerjasama dengan Turkiye, yang mempunyai kepakaran teknologi tersendiri di dalam industri itu.

Turkiye berhasrat lancar vaksin TURKOVAC di Malaysia
Antara pelan segera republik itu ialah melancarkan vaksin TURKOVAC di Malaysia.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Malaysia dan Turkiye meterai tujuh MoU untuk terus perkukuh hubungan dua hala
Kesemua MOU ditandatangani sempena lawatan rasmi Ismail Sabri yang tiba di republik itu pada Selasa.

Isu sekuriti makanan antara tumpuan pertemuan Ismail Sabri, Erdogan
Malaysia dan Turkiye bersetuju untuk bekerjasama bagi memastikan rantaian bekalan makanan sentiasa mencukupi dan stabil.

PM Ismail Sabri diberi sambutan rasmi di Kompleks Presiden, Ankara
Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada Khamis diberikan sambutan rasmi di Kompleks Presiden di sini.

Pertemuan PM dan Erdogan signifikan dalam menampan impak ketidaktentuan global
Malaysia dan Turkiye mampu menarik minat negara serantau kedua-dua negara untuk bergabung menangani cabaran dunia masa kini.

Pertemuan empat mata Ismail Sabri dan Erdogan hari ini
Kedua-dua pemimpin itu dijangka saling bertukar pandangan berhubung usaha mengukuhkan hubungan, antara dua negara.