awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pahang dipilih destinasi utama pelancongan alam semula jadi - Tinjauan
Pertumbuhan KDNK Malaysia 2025 sebanyak 4.9 peratus seiring dengan unjuran - MBSB IB
AI diguna hasilkan ribuan video penderaan seksual kanak-kanak pada 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Krisis Rusia-Ukraine: 35 maut serangan udara di pangkalan berhampiran sempadan Poland

Agensi
Agensi
13/03/2022
14:48 MYT
Krisis Rusia-Ukraine: 35 maut serangan udara di pangkalan berhampiran sempadan Poland
Kozytskiy mengemukakan rayuan kepada NATO untuk mewujudkan zon larangan terbang ke atas Ukraine dan menyediakan pesawat tentera. - Gambar REUTERS
SEKURANG-KURANGNYA 35 orang terbunuh dan 134 lagi cedera apabila serangan udara Rusia membedil pangkalan tentera di barat Ukraine, kira-kira 30 kilometer dari sempadan Poland, kata pegawai Ukraine pada Ahad.
"Serangan udara itu dilakukan dari Laut Hitam dan Laut Azov," kata Ketua Pentadbiran Wilayah Lviv, Maksym Kozytskiy, dalam siaran Telegram, yang mengesahkan jumlah kematian dan cedera.
Beliau menambah bahawa kira-kira 30 peluru berpandu telah disasarkan ke Pusat Pengaman dan Keselamatan Antarabangsa di Yavoriv, lapor NBC News.
Kozytskiy mengemukakan rayuan kepada NATO untuk mewujudkan zon larangan terbang ke atas Ukraine dan menyediakan pesawat tentera.
Negara-negara NATO, termasuk Amerika Syarikat, tidak berbuat demikian kerana bimbang langkah itu boleh meningkatkan konflik dengan Rusia secara serius.
“Sekarang tembakan menghampiri sempadan negara NATO, ini adalah saat yang penting,” kata Kozytskiy.
Serangan itu berlaku selepas Timbalan Menteri Luar Rusia Sergei Ryabkov mencadangkan pada Sabtu bahawa tentera Rusia boleh cuba memusnahkan penghantaran senjata asing ke Ukraine, menjenamakan mereka sebagai "sasaran yang sah."
Pusat Pengaman dan Keselamatan Antarabangsa sentiasa menjadi tuan rumah kepada pengajar AS, Kanada dan negara lain yang membantu melatih tentera Ukraine.
Pangkalan itu terletak di barat bandar Lviv, di mana ribuan penduduk telah melarikan diri di tengah-tengah serangan hebat di bahagian timur negara itu.
Lviv dan bandar-bandar lain di sepanjang sempadan Poland adalah penting dalam membenarkan kemasukan bekalan yang membolehkan tentera Ukraine meneruskan perjuangan menentang Rusia.
Rusia terus meluaskan serangan tenteranya ke barat, dengan serangan udara pada hari Jumaat ke atas bandar Lutsk dan Ivano-Frankivsk.
Walaupun negara itu berkata ia tidak menyasarkan orang awam, pejabat Hak Asasi Manusia PBB berkata sekurang-kurangnya 579 orang awam telah terbunuh, termasuk 42 kanak-kanak, setakat Jumaat. 1,002 lagi orang awam cedera, kata agensi itu.
Topic Berkaitan
#Rusia
#Ukraine
#konflik Rusia-Ukraine
#poland
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan