awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Usaha tangani perubahan iklim terjejas, AS tarik diri dari Dana Iklim Hijau 'radikal'
Tiada rombakan besar pemain untuk bertemu PDRM FC - Tengku Hazman
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Krisis Rusia-Ukraine: Turki, AS akan koordinasi untuk tindak balas

Astro Awani
Astro Awani
06/03/2022
04:37 MYT
Krisis Rusia-Ukraine: Turki, AS akan koordinasi untuk tindak balas
Amerika Syarikat dan Turki mengesahkan sokongan mereka terhadap integriti dan kedaulatan wilayah Ukraine.
TURKI dan Amerika Syarikat (AS) akan kekal dalam "koordinasi rapat" ketika kedua-dua negara itu berusaha untuk mencari penyelesaian diplomatik terhadap pencerobohan Rusia ke atas Ukraine.
Kementerian Luar Turki berkata demikian, ia selepas perbincangan antara kedua-dua timbalan menteri luar negara berkenaan di Ankara, pada Sabtu.
Hubungan antara Turki dan AS tegang berikutan pelbagai isu sejak beberapa tahun kebelakangan ini.
Antaranya termasuk isu pembelian sistem pertahanan udara S-400 Rusia dan perbezaan dasar di Syria serta timur Mediterranean.
Washington mengenakan sekatan ke atas Ankara pada Disember 2020 susulan isu S-400.
Turki berkongsi sempadan maritim dengan Ukraine dan Rusia di Laut Hitam dan mempunyai hubungan baik dengan kedua-dua negara.
Ankara menyifatkan serangan Rusia tidak boleh diterima, tetapi ia juga menentang sekatan ke atas Moscow.
Perang Ukraine-Rusia | Turki, A.S akan koordinasi untuk tindak balas - Ankara
Dalam satu kenyataan selepas perbincangan antara Timbalan Menteri Luar Turki, Sedat Onal dan rakan sejawatnya dari AS, Wendy Sherman, Kementerian Luar Turki berkata, kedua-dua negara sekutu NATO itu telah "mengesahkan sokongan terhadap integriti dan kedaulatan wilayah Ukraine."
Sebagai tindak balas kepada pencerobohan Rusia, Turki bulan lepas menutup Selat Bosphorus Dan Dardanelles yang menghubungkan Laut Mediterranean dan Laut Hitam dengan kapal perang di bawah Pakatan 1936, mengehadkan laluan beberapa kapal Rusia.
Bagaimanapun, Ankara juga telah mengkritik tindak balas barat terhadap serangan itu, mengatakan sekatan ke atas Rusia harus bertujuan untuk menghentikan perang.
Semasa menjalin hubungan rapat dengan Rusia dalam bidang tenaga, pertahanan dan perdagangan, Turki telah menjual dron kepada Kyiv, menyebabkan Moscow marah.
Turki, yang sektor pelancongannya banyak bergantung pada pelancong Rusia, juga menentang dasar Moscow di Syria dan Libya, serta pencerobohan Crimea pada 2014.
Sebelum ini, jurucakap Presiden Turki Tayyip Erdogan berkata, presiden akan menggesa rakan sejawatnya dari Rusia, Vladimir Putin untuk menghentikan pencerobohan ke atas Ukraine menerusi panggilan telefon pada Ahad.
Topic Berkaitan
#Amerika Syarikat
#Turki
#krisis Rusia-Ukraine
#Kementerian Luar
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan