awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kerajaan teliti pinda akta tertentu perketat hukuman kes curi kabel - Saifuddin Nasution
Kes kebakaran terbuka di Melaka melonjak lima kali ganda
Tom Cruise dilaporkan tinggalkan kediaman mewah di London kerana bimbang keselamatan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Krisis Sri Lanka: PM jemput penunjuk perasaan sertai kerajaan

Astro Awani
Astro Awani
29/05/2022
23:30 MYT
Krisis Sri Lanka: PM jemput penunjuk perasaan sertai kerajaan
Penunjuk perasaan yang kebanyakannya terdiri daripada golongan muda telah berkhemah di luar pejabat Presiden selama lebih 50 hari. - Foto REUTERS
COLOMBO: Sri Lanka menjemput penunjuk perasaan dalam kalangan belia untuk menjadi sebahagian daripada kerajaan di bawah reformasi politik.
Perkara itu dicadangkan oleh Perdana Menterinya untuk menyelesaikan krisis politik akibat daripada kejatuhan ekonomi.
Menurut Ranil Wickremesinghe, di bawah cadangan reformasi perlembagaan, kuasa Presiden akan dikurangkan dan kuasa Parlimen diperkukuhkan.
Jelasnya, tadbir urus akan dilaksanakan secara meluas melalui jawatankuasa Parlimen yang bertanggungjawab bagi subjek yang berbeza.
Ini akan membolehkan penggubal undang-undang, belia dan pakar bekerjasama.
Tambah Ranil, belia menyeru perubahan dalam sistem sedia ada, oleh itu kerajaan mencadangkan untuk melantik empat wakil belia bagi setiap 15 jawatankuasa.
Penunjuk perasaan yang kebanyakannya terdiri daripada golongan muda telah berkhemah di luar pejabat Presiden selama lebih 50 hari.
Mereka menuntut peletakan jawatan Presiden Gotabaya Rajapaksa selain meminta beliau dan keluarganya bertanggungjawab terhadap krisis ekonomi terburuk negara.
Mereka juga mahukan rombakan tadbir urus kerana menyatakan pentadbiran sejak merdeka daripada Britain pada 1948 telah membawa kepada krisis ekonomi dan sosial.
Pelajar telah mengetuai protes hampir setiap hari dan ada yang ganas di ibu negara, Colombo dan tempat lain ketika Sri Lanka berada di ambang muflis.
Topic Berkaitan
#tunjuk perasaan
#kerajaan
#Ranil Wickremesinghe
#krisis politik
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan