awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Anak Puteri Mahkota Norway ditahan atas dakwaan serangan menjelang perbicaraan rogol
GMWA2025: Meerqeen terharu sokongan peminat - “Kalau menang itu rezeki…”
Pesakit Palestin tiba di Mesir selepas laluan Rafah dibuka semula secara terhad
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Krisis Sudan: Hospital berdepan kekurangan kakitangan, bekalan perubatan

Astro Awani
Astro Awani
19/04/2023
01:50 MYT
Krisis Sudan: Hospital berdepan kekurangan kakitangan, bekalan perubatan
Imej satelit yang menunjukkan kerosakan pada sebuah hospital di Khartoum akibat pertempuran antara dua pihak bertelagah. - Foto REUTERS
KHARTOUM: Beberapa hospital utama di Khartoum, Sudan dilaporkan dalam keadaan huru-hara kerana terperangkap dalam pertempuran antara dua pihak bertelagah.
Sebahagian besar kakitangan terpaksa mengosongkan kawasan hospital atas faktor keselamatan.
Di Hospital Kanak-Kanak Ahmed Qassem, kakitangan terpaksa memindahkan pesakit, kecuali mereka yang dirawat di unit rawatan rapi (ICU).
Bekalan perubatan semakin menyusut dan ada dalam kalangan kakitangan serta pesakit terkandas dalam bangunan hospital.
Selain Hospital Kanak-Kanak Ahmed Qassem, Hospital Tenaga Pengajar Al-Shaab turut ditutup sepenuhnya.
Dianggarkan sejumlah 20 hospital beroperasi dalam keadaan terhad di Khartoum.
Sementara itu, Ketua Pengarah Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) Dr Tedros Adhanom Ghebreyesus bimbang dengan situasi di Sudan.
"Bekalan yang diedarkan WHO ke fasiliti kesihatan sebelum pertempuran berlaku kini semakin berkurangan.
"Hospital di Khartoum yang menerima pesakit cedera dilaporkan semakin kekurangan kakitangan dan bekalan perubatan, bekalan minyak untuk generator serta air dan lain-lain kini menjejaskan operasi fasiliti ini," katanya.
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) sebelum ini menganggarkan angka korban akibat pertempuran di Sudan sudah melebihi 185 orang dengan lebih 1,800 yang lain cedera.
Topic Berkaitan
#Hospital
#krisis
#Hospital Kanak-Kanak Ahmed Qassem
#bekalan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan