awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Komitmen Kerajaan MADANI pastikan setiap pelaburan beri pulangan kepada rakyat - PM Anwar
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
KPDN Kedah kesan 1,071 kes, nilai kompaun lebih RM867,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Krismas terakhir lelaki paling gemuk di dunia

Agensi
Agensi
26/12/2015
03:32 MYT
Krismas terakhir lelaki paling gemuk di dunia
Andres Moreno Sepulveda pernah mencecah berat badan 444 kilogram sebelum menjalani pembedahan. - Foto sumber Twitter
Lelaki paling gemuk atau obes di dunia telah meninggal dunia pada usia 38 tahun pada pagi Hari Krismas ketika dia dalam perjalanan ke hospital bagi mendapatkan rawatan.
Andres Moreno Sepulveda yang mencecah berat 444 kilogram (kg) meninggal dunia di kota asalnya iaitu Ciudad Obregon yang terletak di selatan negeri Sonora, Mexico pada jam 8.30 pagi, lapor media tempatan.
Pegawai perhubungan awamnya, Carmen Palacios, telah mengesahkan kematian tersebut dan memberitahu bahawa Moreno meninggal dunia akibat serangan jantung.
Pada bulan lalu, bintang bola sepak Real Madrid, Cristiano Ronaldo, mengirimkan Moreno sehelai kemeja sebagai galakan kepadanya untuk berusaha mengurangkan berat badan.
“Saya mahu berterima kasih kepada semua orang, terutamanya kepada Ronaldo, yang peduli tentang kes saya,” ujarnya yang menyifatkan pemberian selebriti bola sepak itu sebagai hadiah Krismas yang datang lebih awal.
Palacios berkata Moreno telah menjalani pembedahan mengurangkan berat badan pada Oktober dan sedang menunjukkan kesan positif seperti berupaya membersihkan diri sendiri dan memakai pakaian.
Moreno mempunyai sejarah yang ‘besar’. Ketika dilahirkan, dia seberat 5.9kg dan sewaktu mencecah usia 10 tahun, berat badannya adalah 76kg.
Doktor bedah Jose Castaneda berkata Moreno sentiasa dalam pemantauan selepas pembedahan mengikut fasa, namun dia dan pasukan perubatan berdepan cabaran kerana tidak pernah mengendalikan penghidap obes yang seberat Moreno.
Moreno dikebumikan hari ini (Sabtu) di Sonora.
Mexico sedang berusaha menangani masalah populasinya yang semakin obes. Pada 2013, negara tersebut telah mengatasi Amerika Syarikat sebagai negara paling obes di dunia.
Topic Berkaitan
#Andres Moreno
#lelaki paling gemuk
#Mexico
#obes
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan