awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Bergaduh: Tiga sekeluarga, seorang artis Singapura didakwa
Cakra Khan, Hafiz Suip antara artis undangan Konsert Legacy 30 Siti Nurhaliza
Dokumen palsu: Bekas pengarah, penggiat seni dipenjara 6 bulan, denda RM10,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kualiti udara di Delhi terus merosot

Bernama
Bernama
09/11/2025
02:35 MYT
Kualiti udara di Delhi terus merosot
Keadaan di New Delhi, India, 28 Okt 2025. (Foto AP)
NEW DELHI: Tahap pencemaran udara di Delhi terus berada pada paras membimbangkan apabila Indeks Kualiti Udara (AQI) kekal dalam zon merah pada Sabtu, sekali gus menjejaskan kesihatan jutaan penduduk di ibu negara India itu, lapor Xinhua.
Menurut laporan dalam talian Press Trust of India, purata bacaan AQI selama 24 jam yang direkodkan pada 4 petang waktu tempatan ialah 361, menjadikan Delhi bandar kedua paling tercemar di India.
Di beberapa kawasan, bacaan AQI dilaporkan melebihi paras 400.
Sistem Amaran Awal Kualiti Udara bagi Delhi meramalkan tahap kualiti udara kekal dalam kategori "sangat buruk" untuk beberapa hari mendatang.
Seperti tahun-tahun sebelumnya, Delhi dan kawasan sekitarnya sering berdepan peningkatan pencemaran udara pada musim sejuk.
Antara faktor utama yang dikenal pasti ialah pembakaran jerami oleh petani, aktiviti pembinaan tanpa perlindungan, pembakaran terbuka arang batu dan kayu untuk memasak, selain pelepasan asap kenderaan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#India
#kualiti udara
#bandar paling tercemar
#pencemaran udara
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan