JAKARTA: Kucing Busok menerima pengiktirafan global sebagai baka asli Madura, Jawa Timur, oleh World Cat Federation (WCF), persatuan antarabangsa kelab kucing, pada 10 November lalu.
Usaha untuk memperoleh pengiktirafan sebagai baka kucing asli Indonesia telah dilakukan sejak 2008, menurut Slamet Raharjo, pensyarah Fakulti Perubatan Veterinar, Universiti Gadjah Mada (FKH UGM).
Slamet berkata, kucing Busok berasal dari Pulau Raas, yang terletak di timur kepulauan Madura. Penduduk tempatan percaya setiap kapal yang cuba membawa kucing Busok keluar dari pulau itu akan tenggelam.
Atas sebab itu, baka kucing ini kekal di kawasan pulau tersebut dan terpencil berabad lamanya.
Akibatnya, pembiakbakaan domestik tidak dapat dielakkan.
"Hasilnya, kucing Busok adalah homogen atau serupa dalam penampilan fizikal mereka (fenotip) dan juga secara genetik (genotip)," kata Slamet.
Kucing Busok mempunyai ciri tersendiri pada bulu dan ekornya berbanding kucing lain di Indonesia.
Ia berwarna kelabu kebiruan, yang mirip dengan Russian blue breed dan British shorthair. Tekstur bulu kucing Busok juga lebih tebal daripada kucing domestik lain di Indonesia.
Ia juga mempunyai ekor pendek dikenali sebagai bobtail. Ekspresi wajahnya pula menyerupai harimau bintang atau kucing liar. Bahagian atas mukanya berbentuk seakan segi empat tepat, dengan dagu sedikit dan telinga runcing.
Agensi
Wed Nov 16 2022
Kucing Busok berasal dari Pulau Raas, yang terletak di timur kepulauan Madura. - Gambar fail
Piala ASEAN: Harimau Malaya bergelut raih kemenangan pertama
Skuad bimbingan Pau Marti Vicente bermula perlahan dikejutkan lawan pada separuh masa pertama apabila ketinggalan 1-2.
Tumpuan Khamis – 12 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Berbilion kes malaria berjaya dicegah pada abad ini - WHO
Sebanyak 17 negara kini secara rutin memberikan vaksin kepada kanak-kanak untuk mencegah malaria.
Pesakit di Hospital Indonesia di Gaza kelaparan
Kementerian Kesihatan Gaza berkata pada Selasa bahawa terdapat sekurang-kurangnya 60 pesakit dalam risiko tinggi.
Thailand ambil langkah komprehensif tangani cuaca buruk, dijangka melanda minggu ini
Jabatan Pengairan Diraja juga telah diarahkan membersihkan saluran air daripada rumpai dan halangan untuk mengelakkan banjir.
10 Berita Pilihan - (11 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
AWANI Tonight 11 Dec 2024
#AWANITonight with @Hafiz_Marzukhi
1. PSC proposes measures to tackle growing insurance costs
2. Malaysia on track to achieve high-income status by 2027, says Rafizi
#AWANIEnglish #AWANINews
1. PSC proposes measures to tackle growing insurance costs
2. Malaysia on track to achieve high-income status by 2027, says Rafizi
#AWANIEnglish #AWANINews
Johor, MOT wujudkan pasukan petugas khas bincang isu kesesakan, penyuraian trafik RTS
Pelbagai isu dan inisiatif dibincangkan dalam usaha mengurangkan kesesakan jalan raya khususnya di Johor Bahru dan Lembah Klang.
Lima anggota, pegawai polis tolak rasuah terima penghargaan KPN
Razarudin merakamkan ucapan tahniah kepada mereka kerana berpegang teguh dengan prinsip integriti ketika menjalankan tugas menjaga sempadan negara.
Libat urus telah diadakan sebelum putuskan tambah waktu bekerja jururawat - Dr Dzulkefly
Keputusan itu telah melalui beberapa pusingan libat urus termasuk dengan tujuh kesatuan sekerja termasuk persatuan jururawat.
Kucing Busok diiktiraf baka kucing asli dari Indonesia
Kucing Busok berasal dari Pulau Raas, yang terletak di timur kepulauan Madura.