INTERNATIONAL
Kumpulan ketujuh dan terakhir tahanan Palestin dibebaskan

Tahanan Palestin yang dibebaskan melambai dari tingkap ketika tiba dengan bas selepas dibebaskan dari penjara Israel dalam sebahagian daripada gencatan senjata dan perjanjian pertukaran tahanan di antara Hamas dan Israel, di Khan Younis. -Reuters
RAMALLAH: Lebih 640 tahanan Palestin dibebaskan dari penjara Israel pada malam Khamis sebagai sebahagian daripada kumpulan ketujuh dan terakhir dalam perjanjian pertukaran di bawah fasa pertama gencatan senjata Gaza, lapor Agensi Berita dan Maklumat Palestin (WAFA).
Ringkasan AI
- Lebih 640 tahanan Palestin dibebaskan dari penjara Israel sebagai sebahagian daripada perjanjian pertukaran di bawah fasa pertama gencatan senjata Gaza.
- Pembebasan ini melibatkan tahanan yang dihantar ke Ramallah, Baitulmaqdis, Gaza, dan beberapa negara lain, termasuk 45 wanita dan kanak-kanak.
- Kumpulan ketujuh ini terdiri daripada 641 tahanan, termasuk 151 yang menjalani hukuman penjara seumur hidup atau hukuman jangka panjang.
Sementara itu, lima tahanan kembali ke Baitulmaqdis yang diduduki.
Beberapa jam selepas itu, lebih 400 tahanan yang kebanyakannya ditahan semasa serangan darat Israel ke Gaza, mula tiba di wilayah yang dilanda perang itu.
Beberapa tahanan dibawa ke Hospital Eropah Gaza di Khan Younis sejurus tiba di wilayah itu.
Seramai 97 tahanan lagi--kebanyakannya menjalani hukuman penjara seumur hidup di penjara Israel--dihantar ke Mesir sebagai destinasi pertama mereka sebelum diterima oleh beberapa negara lain.
Menurut Persatuan Tahanan Palestin dan Suruhanjaya Hal Ehwal Tahanan dan Bekas Tahanan, kumpulan ketujuh itu melibatkan 641 tahanan.
Antaranya, 151 sedang menjalani hukuman penjara seumur hidup atau hukuman jangka panjang, 42 dibebaskan di Tebing Barat termasuk Baitulmaqdis dan 97 dihantar ke luar negara.
Selain itu, 12 tahanan dari Gaza dipenjarakan sebelum 7 Okt 2023, manakala 445 lagi ditahan selepas tarikh berkenaan.
Kumpulan itu juga termasuk 45 wanita dan kanak-kanak dari Gaza.
-- BERNAMA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami