awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Remaja lelaki ditemukan lemas terjatuh dalam sungai di Jeli
Penjenamaan semula Hospital Pakar Pusrawi perkukuh perkhidmatan kesihatan patuh syariah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kurang 80 peratus lori bantuan yang diluluskan Israel sampai ke Gaza - PBB

Bernama
Bernama
04/06/2025
03:00 MYT
Kurang 80 peratus lori bantuan yang diluluskan Israel sampai ke Gaza - PBB
PBB memberi amaran bahawa kurang daripada 80 peratus lori bantuan yang diluluskan oleh Israel berjaya sampai ke Semenanjung Gaza, ketika keadaan di wilayah itu terus merosot akibat serangan udara dan perpindahan penduduk. - Gambar fail AP
HAMILTON (Kanada): Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada Selasa memberi amaran bahawa kurang daripada 80 peratus lori bantuan yang diluluskan oleh Israel berjaya sampai ke Semenanjung Gaza, ketika keadaan di wilayah itu terus merosot akibat serangan udara dan perpindahan penduduk, lapor Anadolu Ajansi (AA).
Jurucakap PBB, Stephane Dujarric memetik Pejabat Penyelarasan Hal Ehwal Kemanusiaan (OCHA) sebagai berkata, "sejak 17 Mei, hanya separuh daripada bekalan bantuan yang telah melalui proses kelulusan awal berjaya melepasi tapisan akhir Israel dan berjaya sampai ke pihak Palestin."
Menurut Dujarric, pasukan bantuan di lapangan "berusaha sedaya upaya memanfaatkan laluan bantuan terhad yang dibuka sejak bulan lalu," namun, beliau menegaskan, jumlah bantuan yang masuk masih terlalu sedikit dan langsung tidak mencukupi untuk menampung keperluan mendesak di lapangan.
Katanya, PBB dan rakan-rakan kemanusiaannya telah menyerahkan lebih 1,200 permohonan lori bantuan yang telah dipra-lulus untuk melalui proses kelulusan akhir Israel, yang dikenali sebagai proses 'manifesting'.
Daripada jumlah itu, kurang daripada 80 peratus atau sekitar 940 buah lori diluluskan dan dihantar dari gudang-gudang di Israel.
Selepas melalui proses imbasan, pemunggahan dan pemuatan semula, hanya kira-kira 620 buah lori yang berjaya sampai ke pihak Palestin.
Beliau turut memaklumkan, PBB tidak dapat memantau sepenuhnya proses itu kerana pihak berkuasa Israel tidak membenarkan pihaknya menempatkan pemantau di kawasan lintasan.
Setakat ini, hanya sekitar 370 buah lori yang berjaya dikumpulkan dan diagihkan di dalam Gaza.
Dujarric juga memaklumkan, 10 daripada 13 percubaan untuk menyelaras pergerakan bantuan kemanusiaan penting pada Isnin telah ditolak oleh Israel.
Percubaan itu termasuk pengambilan bekalan dari Kerem Shalom serta operasi penting lain seperti penghantaran air ke Gaza Utara dan pemindahan stok bahan api ke lokasi yang memerlukan.
Beliau turut memberi amaran mengenai "peningkatan mendadak dalam kes buruh kanak-kanak, perkahwinan awal dan perpecahan keluarga" yang didorong oleh kelaparan, perpindahan dan kemelesetan ekonomi.
-- BERNAMA
Dapatkan berita terkini di sini
Topic Berkaitan
#bantuan kemanusiaan
#bantuan Palestin
#PBB
#lori bantuan
#israel serang gaza
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan