awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Transformasi digital asas kesediaan Pulau Pinang jadi pangkalan utama - SPPP
Kerajaan Perancis berdepan lagi undi tidak percaya
Skim Pembiayaan Teman TEKUN salur RM25.17 juta di Sabah tahun lepas
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kuwait umumkan Kabinet baharu

Bernama
Bernama
13/05/2024
06:30 MYT
Kuwait umumkan Kabinet baharu
Kabinet baharu Kuwait diketuai oleh Perdana Menteri, Sheikh Ahmad Abdullah Al-Ahmad Al-Sabah. - Gambar/ Reuters
KUWAIT CITY: Dekri Amir Kuwait dikeluarkan pada petang Ahad, mengumumkan pembentukan kabinet baharu yang diketuai oleh Perdana Menteri yang dilantik, Sheikh Ahmad Abdullah Al-Ahmad Al-Sabah, lapor Xinhua memetik agensi berita rasmi KUNA.
Kabinet baharu ini terdiri daripada 13 menteri, dengan sembilan daripada mereka adalah daripada kerajaan sebelumnya, termasuk Timbalan Perdana Menteri Pertama, Menteri Pertahanan dan Pemangku Menteri Dalam Negeri Sheikh Fahad Yusuf Al-Sabah, Menteri Luar Abdullah Ali Al-Yahya, Menteri Kerja Raya dan Menteri Negara bagi Hal Ehwal Perbandaran Nora Mohammad Al-Mashaan, Menteri Kewangan dan Menteri Negara bagi Hal Ehwal Ekonomi dan Pelaburan Anwar Ali Al-Mudhaf.
Anggota Kabinet baharu termasuk Amthal Al-Huwailah, yang dilantik sebagai Menteri Hal Ehwal Sosial, Keluarga dan Kanak-Kanak serta Menteri Negara bagi Hal Ehwal Belia; Mahmoud Abdulaziz Bushehri sebagai Menteri Elektrik, Air dan Tenaga Boleh Diperbaharui, dan Menteri Negara bagi Hal Ehwal Perumahan; Omar Al-Omar sebagai Menteri Perdagangan dan Industri serta Menteri Negara bagi Hal Ehwal Komunikasi; dan Mohammad Ibrahim Al-Wasmi sebagai Menteri Keadilan dan Menteri Endowmen dan Hal Ehwal Islam.
Kerajaan baharu ini tidak mengandungi portfolio Menteri Negara bagi Hal Ehwal Parlimen selepas Amir Kuwait Sheikh Mishal Al-Ahmad Al-Jaber Al-Sabah mengumumkan pada Jumaat pembubaran parlimen dan penggantungan beberapa peruntukan perlembagaan sehingga empat tahun.
--BERNAMA-XINHUA
Topic Berkaitan
#Kuwait
#Kabinet Baharu
#sheikh ahmad abdullah
#Perdana Menteri
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan