awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Komitmen Kerajaan MADANI pastikan setiap pelaburan beri pulangan kepada rakyat - PM Anwar
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
KPDN Kedah kesan 1,071 kes, nilai kompaun lebih RM867,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kyiv tidak bersedia adakan rundingan damai - Putin

Astro Awani
Astro Awani
29/01/2025
01:00 MYT
Kyiv tidak bersedia adakan rundingan damai - Putin
Putin menjelaskan bahawa rundingan sukar kerana, menurutnya, mandat Zelenskyy sebagai presiden telah tamat. - Foto fail/AP
MOSCOW: Presiden Rusia Vladimir Putin berkata Ukraine boleh menggunakan jalan undang-undang untuk mengadakan rundingan damai dengan Rusia bagi menamatkan konflik hampir tiga tahun.
Namun, beliau mendakwa Moscow tidak melihat kesediaan daripada pihak Kyiv untuk berbincang.
Presiden Ukraine, Volodymyr Zelenskyy, menolak kenyataan itu dan mempersoalkan kesahihannya.
Beliau menyatakan bahawa Putin sebenarnya enggan berunding dan hanya mahu melanjutkan konflik sedi ada.
Putin menjelaskan bahawa rundingan sukar kerana, menurutnya, mandat Zelenskyy sebagai presiden telah tamat.
Beliau juga mendakwa Zelenskyy tidak lagi memiliki kuasa undang-undang untuk menandatangani dokumen rasmi.
Putin menyatakan, jika Ukraine benar-benar mahu berunding, cara undang-undang boleh diatur.
Beliau mencadangkan pengerusi parlimen Ukraine menjalankan tanggungjawab mengikut perlembagaan.
Katanya, isu undang-undang boleh diselesaikan jika ada keinginan.
Namun sehingga kini, kata Putin, Rusia tidak melihat tanda kesediaan daripada pihak Ukraine.
Menurut Putin, jika Ukraine bersedia untuk berkompromi, sesiapa sahaja yang sesuai boleh memimpin rundingan tersebut.
Namun, beliau menegaskan bahawa semua dokumen perlu ditandatangani oleh pihak yang diiktiraf secara sah.
Rusia mendakwa Zelenskyy telah kehilangan kuasa undang-undang kerana tempoh pemerintahannya tamat pada Mei 2024, dan tiada pilihan raya diadakan selepas itu.
Namun, Ukraine menyatakan bahawa Zelenskyy kekal sebagai Presiden yang sah kerana undang-undang perang yang dikuatkuasakan sejak pencerobohan Rusia pada Februari 2022.
Topic Berkaitan
#Vladimir Putin
#Volodymyr Zelenskyy
#rudingan damai
#konflik
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan