awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ribuan menunggu pemindahan dari Gaza susulan pembukaan semula lintasan Rafah
Perkukuh kefahaman, pegangan terhadap sunah sebagai sumber dan panduan hidup
KKR pertimbang lanjutan enam bulan projek WISE
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

La Nina berkemungkinan landa Filipina hujung tahun, taufan lebih kuat dijangka

Bernama
Bernama
26/08/2025
22:40 MYT
La Nina berkemungkinan landa Filipina hujung tahun, taufan lebih kuat dijangka
Episod La Nina sebelum ini di Filipina turut dikaitkan dengan hujan monsun lebih lebat, kerugian dalam sektor pertanian dan banjir besar. - REUTERS
MANILA: Filipina perlu bersiap sedia menghadapi musim taufan yang berpotensi lebih kuat dengan kemungkinan berlakunya episod La Nina sebelum akhir 2025, lapor Agensi Berita Filipina (PNA) memetik biro kaji cuaca pada Selasa.
Dalam satu kenyataan, Pentadbiran Perkhidmatan Atmosfera, Geofizik dan Astronomi Filipina (PAGASA) berkata keadaan neutral Ayunan Selatan El Nino (ENSO) yang kini dipantau di Pasifik tropika dijangka berterusan sehingga Oktober.
Namun, model iklim menunjukkan kemungkinan besar keadaan La Nina jangka pendek muncul antara September dan Disember.
La Nina, iaitu fasa sejuk ENSO, dicirikan oleh suhu permukaan laut yang lebih sejuk daripada purata di bahagian tengah dan timur Khatulistiwa Pasifik.
PAGASA berkata amaran awal La Nina akan dikeluarkan apabila keadaan sesuai untuk perkembangannya dalam tempoh enam bulan akan datang dengan kebarangkalian sekurang-kurangnya 55 peratus.
"Dari segi sejarah, La Nina dikaitkan dengan bilangan siklon tropika yang lebih tinggi daripada purata menjelang akhir tahun serta keadaan hujan melebihi normal di kebanyakan kawasan negara, yang boleh mencetuskan kesan buruk termasuk banjir dan tanah runtuh di kawasan berisiko," menurut agensi itu.
Episod La Nina sebelum ini di Filipina turut dikaitkan dengan hujan monsun lebih lebat, kerugian dalam sektor pertanian dan banjir besar.
PAGASA menggesa kerajaan tempatan, agensi tindak balas bencana dan orang ramai meningkatkan tahap kesiapsiagaan serta mengambil langkah pencegahan sewajarnya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Filipina
#La nina
#taufan
#El Nino
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan