awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pilihan raya Thailand: Bhumjaithai dahului keputusan awal ketika undi masih lagi dikira
Ketua Staf Starmer letak jawatan susulan skandal Mandelson
LDP Jepun dijangka menang besar, Takaichi kekal PM
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lagi air botol pengilang Malaysia dikesan mengandungi bakteria

Bernama
Bernama
29/06/2019
01:41 MYT
Lagi air botol pengilang Malaysia  dikesan mengandungi bakteria
SFA menyatakan bahawa pengimportan semua botol minuman dan air mineral dari pengilang tersebut tidak dibenarkan dengan serta-merta. - Gambar hiasan
Satu lagi kiriman air minuman botol ke sini dari sebuah syarikat pengeluar Malaysia telah dikesan mengandungi Pseudomonas aeruginosa iaitu bakteria alam sekitar yang biasa.
Dalam pekeliling yang dialamatkan kepada pengimport air botol, Singapore Food Agency (SFA) memaklumkan bahawa melalui pengawasan baru-baru ini, penghantaran air minuman botol itu dikesan mengandungi bakteria itu.
Ekoran pengesanan itu , SFA menyatakan bahawa pengimportan semua botol minuman dan air mineral dari pengilang tersebut tidak dibenarkan dengan serta-merta.
Terdahulu pada 12 Jun, SFA memberitahu bahawa ia telah mengesan bakteria yang serupa dalam air minuman botol itu semasa persampelan rutin produk tersebut.
BACA: CAP minta KKM periksa semua syarikat pengeluar air minuman botol
Menurut SFA, Pseudomonas aeruginosa boleh didapati dalam najis, tanah, air dan kumbahan dan ia boleh membiak dalam persekitaran air dan juga permukaan bahan organik yang bersesuaian dengan air.
Penggunaan atau pengambilan produk yang tercemar dengan Pseudomonas aeruginosa boleh menyebabkan pelbagai jangkitan tetapi jarang menyebabkan penyakit serius pada individu yang sihat, menurut SFA.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#air
#Bakteria
#botol
#Malaysia
#minuman botol
#Singapura
#tercemar
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan