awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Dua lelaki ditahan lakukan perbuatan tidak senonoh di tempat awam
Arsenal sahkan Mikel Merino akan jalani pembedahan kaki
Olivia Dean dinobatkan Artis Baharu Terbaik di Anugerah Grammy
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lagi produk udang beku Indonesia ditarik balik susulan penemuan kandungan radioaktif

Astro Awani
Astro Awani
20/10/2025
05:15 MYT
Lagi produk udang beku Indonesia ditarik balik susulan penemuan kandungan radioaktif
FDA arah penarikan udang beku jenama Great Value dari Indonesia selepas dikesan mengandungi isotop radioaktif Cesium-137. -Gambar hiasan/Bernama
JAKARTA: Pihak berkuasa Amerika Syarikat (AS) sekali lagi mengarahkan penarikan produk udang beku dari Indonesia selepas ujian makmal mendapati kehadiran isotop radioaktif Cesium-137 (Cs-137) dalam sampel yang diimport ke negara itu.

Ringkasan AI
  • FDA arah penarikan udang beku jenama Great Value dari Indonesia selepas dikesan mengandungi isotop radioaktif Cesium-137.
  • Kontaminasi dipercayai berlaku semasa pemprosesan atau penyimpanan, bukan berpunca daripada udang itu sendiri.
  • Insiden dijangka jejaskan eksport udang Indonesia ke AS yang menyumbang lebih 70 peratus eksport perikanan negara.

Menurut kenyataan rasmi Pentadbiran Makanan dan Ubat-ubatan AS (FDA), produk yang terjejas merupakan udang beku mentah jenama Great Value yang diproses oleh syarikat PT Bahari Makmur Sejati (BMS Foods) dan dijual di rangkaian pasar raya Walmart.
FDA berkata kontaminasi berkemungkinan berlaku semasa proses pemprosesan, pembungkusan atau penyimpanan dalam kontena yang tidak mematuhi piawaian kebersihan, dan bukan berpunca daripada udang itu sendiri.
Beberapa pelabuhan utama seperti Los Angeles, Houston, Miami dan Savannah telah menerima kontena yang disyaki terjejas, lapor media tempatan.
Kementerian Kelautan dan Perikanan Indonesia bersama Badan Pengawas Obat dan Makanan (BPOM) kini sedang menjalankan siasatan lanjut, termasuk meneliti kemungkinan pencemaran silang dalam rantaian bekalan.
BPOM turut memberi jaminan bahawa produk udang tempatan yang dipasarkan dalam negara adalah selamat dan berada di bawah paras radioaktif yang dibenarkan.
Insiden ini dijangka memberi kesan kepada eksport udang Indonesia ke pasaran AS, yang menyumbang lebih 70 peratus daripada jumlah eksport perikanan negara itu.
Topic Berkaitan
#udang beku
#jenama Great Value
#FDA
#Cesium-137
#Cs-137
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan