Lagi protes susulan pengisytiharan Baitulmaqdis di Jordan

Agensi
Disember 23, 2017 06:48 MYT
Rakyat Palestin mempersembahkan tarian rakyat pada perhimpunan di hadapan Kedutaan Amerika Syarikat di Amman. - Gambar Reuters
Protes berterusan berlaku di seluruh dunia susulan pengisytiharan Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel.
Terbaharu kumpulan aktivits Al-Hannaounah di Jordan melakukan perkara sama di hadapan Kedutaan Amerika Syarikat di Amman.
Kumpulan penduduk yang berasal dari Palestin ini turut mempersembahkan tarian rakyat pada perhimpunan berkenaan.
Ini merupakan perhimpunan ketiga mereka yang diadakan pada setiap Jumaat sejak pengumuman Presiden Amerika Syarikat Donald Trump itu.
#Amerika Syarikat #Donald Trump #Israel #Jordan #perhimpunan #presiden #protes #rakyat