awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Operasi banteras kegiatan e-waste haram diperhebat di semua pelabuhan - Saifuddin
Pulau Pinang peruntuk dana RM50.93 juta, salur bantuan kepada 281,135 penerima i-Sejahtera
Polis, MCMC kerjasama kesan sindiket penipuan guna nama IPK Johor
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Laluan lebih mudah untuk rakyat Singapura lengkap vaksin, pemegang LTP mulai 15 April

Bernama
Bernama
13/04/2022
21:00 MYT
Laluan lebih mudah untuk rakyat Singapura lengkap vaksin, pemegang LTP mulai 15 April
Sejak 27 Mac 2020, semua pelancong, termasuk rakyat Singapura dan pemegang LTP mesti mengemukakan deklarasi kesihatan sebelum ke pusat imigresen. - Foto fail/BERNAMA
SINGAPURA: Singapura bakal menarik balik keperluan pengisytiharan kesihatan bagi pengembara yang tiba melalui pusat pemeriksaan darat khususnya mereka yang berulang-alik merentasi sempadan setiap hari untuk bekerja dan belajar, berkuat kuasa 15 April 2022.
Penguasa Imigresen & Pusat Pemeriksaan (ICA) menerusi laman sesawangnya memaklumkan langkah itu bagi memudahkan lagi rakyat Singapura yang lengkap vaksin COVID-19 - penduduk tetap - pemegang pas jangka panjang (LTP) memandangkan peningkatan jumlah trafik di pusat pemeriksaan.
Bagaimanapun, masih ada beberapa syarat perlu dipatuhi, antaranya, mereka yang menerima vaksin di Singapura, status vaksinasi mesti dipaparkan dalam aplikasi TraceTogether dan/atau HealthHub.
Sementara itu, individu yang menerima suntikan vaksin di luar negara pula perlu mengemukakan bukti vaksinasi menerusi sistem Kementerian Kesihatan Singapura untuk kemasukan pertama.
Selain itu, pengembara tidak mempunyai sejarah perjalanan ke mana-mana negara/rantau yang dikategorikan 'Terhad' dalam tempoh tujuh hari.
Sejak 27 Mac 2020, semua pelancong, termasuk rakyat Singapura dan pemegang LTP mesti mengemukakan deklarasi kesihatan sebelum ke pusat imigresen.
Dalam pada itu, pengembara kategori lain yang tiba melalui pusat pemeriksaan darat masih perlu mengemukakan pengisytiharan kesihatan melalui e-Service Kad Ketibaan SG dalam tempoh tiga hari sebelum ketibaan.
Ia termasuk warga Singapura yang lengkap vaksinasi dan pemegang LTP, serta semua pengembara yang mempunyai sejarah perjalanan ke mana-mana negara/rantau 'Kategori Terhad' dalam tempoh tujuh hari, menurut ICA.
Pengisytiharan kesihatan masih terpakai untuk semua pengembara, termasuk rakyat Singapura dan pemegang LTP yang tiba melalui jalan udara dan laut.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Singapura
#rentas sempadan
#pengisytiharan kesihatan
#pekerja Malaysia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan