Lebih 4,000 maklumat peribadi penderma darah berpotensi di Singapura bocor selepas sebahagian daripada laman sesawang Palang Merah Singapura (SRC) digodam pada 8 Mei, lapor Agensi Berita Vietnam (VNA).
Bahagian laman sesawang SRC yang terjejas adalah seksyen yang merekrut mereka yang berminat untuk menderma darah, menurut satu kenyataan pada 16 Mei.
SRC berkata maklumat sejumlah 4,297 individu yang telah menyatakan minat mereka di laman sesawang itu telah dikompromi.
Nama, nombor telefon, alamat e-mel, jenis darah yang diisytihar, tarikh temu janji yang dipilih serta masa dan lokasi pilihan untuk menderma darah telah dibocorkan.
Organisasi itu telah membuat satu laporan polis pada hari yang sama dan polis sedang menyiasat insiden.
Organisasi itu juga telah melaporkan insiden tersebut kepada Suruhanjaya Perlindungan Data Peribadi dan Pihak Berkuasa Sains Kesihatan (HSA).
Ketua Pegawai Eksekutif SRC, Benjamin William, organisasi itu telah mula menghubungi individu yang terjejas.
Penemuan awal siasatan SRC menunjukkan bahawa satu kata laluan pentadbir yang lemah mungkin telah menyebabkan laman sesawang itu terdedah kepada akses tidak dibenarkan.
Sebagai antara negara peneraju digital, Singapura telah menjadi sasaran banyak serangan siber baru-baru ini.
Pada Julai 2018, dalam apa yang disifatkan sebagai kesan serangan siber paling serius di negara Asia Tenggara itu, penggodam telah menyasarkan sistem data kerajaan dan mencuri maklumat sejumlah 1.5 juta rakyat Singapura, termasuk Perdana Menteri Lee Hsien Loong.
Siasatan formal terhadap kes itu menunjukkan terdapat banyak kekurangan, termasuk sistem komputer dan latihan sumber daya manusia yang lemah.
-- BERNAMA
Bernama
Fri May 17 2019

Palang Merah Singapura telah mula menghubungi individu yang terjejas akibat kejadian laman sesawang digodam itu. REUTERS/Fail/Hiasan

AWANI Ringkas: Setahun selepas kes pertama di Malaysia | Tun M: Ramai takut bersuara tentang darurat
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas (10:00AM).

Perjuangan memutuskan rantaian jangkitan COVID-19 masih belum berakhir - KP Kesihatan
Menerusi perkongsian di Twitternya, beliau turut memaklumkan pengakhiran perjuangan ini masih belum berakhir.

Vaksin COVID-19 menurut perspektif Islam
Tatkala Malaysia menunggu ketibaan bekalan vaksin COVID-19 yang dijangka pada bulan hadapan, masih ada sesetengah pihak yang cuba mempertikaikan keabsahan dan kehalalan vaksin itu.

COVID-19 | Pakar perubatan Kanada dakwa ubat gout berkesan
Sekumpulan pakar perubatan di Kanada mendakwa sudah menemui ubat yang diambil secara oral yang dipercayai berkesan merawat COVID-19 dan mengurangkan risiko komplikasi virus itu. Pakar dari Institut Jantung Montreal berkata ubat antiradang Colchicine yang biasanya digunakan untuk merawat gout itu sebagai "penemuan saintifik" kerana ia ubat pertama di dunia yang boleh digunakan untuk merawat pesakit COVID-19 yang tidak dirawat di hospital.

Letupan Lombong | 11 selamat, 10 hilang dan seorang maut
Seramai 11 pekerja lombong emas berjaya diselamatkan selepas terperangkap di bawah tanah selama 14 hari susulan berlaku letupan di Lombong Hushan, wilayah Qixia, China. Letupan di lombong itu memerangkap 22 pekerja sekitar 600 meter di bawah tanah, pada 10 Januari lalu.

China Vs Taiwan | Ketegangan China-Taiwan meningkat
Taiwan mendakwa pesawat tentera udara China termasuk 12 jet pejuang memasuki zon pengenalan pertahanan udaranya untuk hari kedua berturut-turut. Ketegangan China dan Taiwan meningkat hanya beberapa hari selepas pimpinan di White House bertukar daripada Donald Trump kepada Joe Biden.

COVID-19 | New Zealand siasat kes jangkitan tempatan
New Zealand sahkan sedang menyiasat kemungkinan kes koronavirus komuniti tempatan pertama selepas beberapa bulan ia catat sifar kes. Ini berikutan perkembangan seorang wanita yang baru pulang dari luar negara. Wanita berusia 56 tahun, yang kembali ke New Zealand pada 30 Disember, diuji positif selepas mengabaikan kuarantin wajib selama dua minggu di sempadan.

Penunjuk Perasaan | Protes dalam ruang berkawat duri demi Navalny
Aktivis Rusia, Pavel Krisevich membantah penangkapan Alexey Navalny dan penahanan penunjuk perasaan dengan mengunci dirinya sendiri di sebuah ruang yang ditutupi dengan kawat berduri di pusat bandar Moscow. Pihak berkuasa dilihat berusaha menyeret Krisevich keluar dari ruang itu melalui kawat berduri berkenaan.

Proklamasi Darurat | Penubuhan 'caretaker government' penyelesaian terbaik?
Untuk memahami perkara ini kita bersama, Felo Kanan Majlis Profesor Negara, Dr Jeneri Amir bagi penerangan dan perinciannya.

Presiden Mexico Lopez Obrador positif COVID-19
Beliau kini sedang menjalani rawatan namun masih tidak mahu memakai pelitup muka.

Laman sesawang Palang Merah Singapura digodam, butiran 4,000 penderma darah bocor
Bahagian laman sesawang SRC yang terjejas adalah seksyen yang merekrut mereka yang berminat untuk menderma darah, menurut satu kenyataan pada 16 Mei.