MOSCOW: Sekurang-kurangnya lapan orang maut dalam kebakaran sebuah bangunan pejabat berhampiran Moscow, kata Gabenor wilayah Andrey Vorobyov.
Pegawai kecemasan memberitahu agensi berita Tass milik kerajaan, hanya seorang diselamatkan daripada kebakaran di bangunan yang terbakar di Fryazino, kira-kira 25km (15.5 batu) timur laut ibu negara.
Menurut laporan, dua orang terbunuh selepas terjun dari tingkap, manakala enam orang lagi maut apabila bahagian dalam pejabat itu runtuh dalam kebakaran, kata Voroyov dalam hantaran di akaun media sosial beliau.
Rakaman yang disiarkan dalam talian menunjukkan asap tebal kelihatan dari tingkat atas bangunan lapan tingkat itu.
Menurut Vorobyov, seorang lelaki berusia 34 tahun telah dibawa ke hospital kerana kecederaan serius, manakala dua anggota bomba turut dirawat kerana kecederaan yang dialami dalam kebakaran itu.
Anggota pasukan perkhidmatan kecemasan tempatan berkata, lelaki itu merupakan satu-satunya orang yang diselamatkan daripada kebakaran itu.
Pegawai pasukan perkhidmatan kecemasan berkata, lebih 130 orang dan dua helikopter sedang berusaha untuk memadamkan kebakaran.
Sehingga kini, pasukan keselamatan belum dapat mengenal pasti punca kebakaran, namun, seorang saksi memberitahu Tass, ia berlaku di tingkat enam sebelum merebak.
Vorobyov berkata, sekitar 30 buah syarikat menyewa ruang pejabat di bangunan itu, dengan nasib dua pekerja di bangunan itu masih belum diketahui.
Terdapat laporan yang bercanggah mengenai penempatan bangunan berkenaan.
Agensi berita Tass melaporkan, bangunan yang terbakar itu pernah menempatkan Institut Penyelidikan Platan dan industri pertahanan.
Dalam perkembangan sama, Ruselectronics iaitu sebuah organisasi elektronik milik Rusia dalam kenyataan yang diedarkan berkata, bangunan itu telah dimiliki secara persendirian sejak 1990-an.
Bagaimanapun, media pembangkang baru-baru ini melaporkan Platan berpangkalan di bangunan itu selewat-lewatnya 2023. - BBC
Agensi
Mon Jun 24 2024
Sekurang-kurangnya lapan orang maut dalam kebakaran sebuah bangunan pejabat berhampiran Moscow, kata Gabenor wilayah Andrey Vorobyov. - Gambar REUTERS
Qatar akan buka semula kedutaan di Damsyik selepas 13 tahun
Doha akan membuka semula kedutaannya di Syria tidak lama lagi selepas memuktamadkan pengaturan yang diperlukan.
Pusat Data Bagan Datuk bakal jadi pencetus perubahan ekonomi digital global
Ia bagi menyediakan infrastruktur kritikal untuk menyokong operasi perniagaan moden dan membuka peluang dalam sektor perkhidmatan kewangan.
Rusia: Penipu curi puluhan juta dolar melalui pusat panggilan ditahan
Penipu yang mencuri puluhan juta dolar daripada penduduk lebih 20 negara melalui tiga pusat panggilan telah ditahan di Moscow.
Protes diteruskan hingga Suk Yeol dipecat
Para penunjuk perasaan kekal mengadakan protes di bandar Seoul agar Presiden Yoon Suk Yeol dipecat daripada jawatannya.
Cubaan serbu pejabat Presiden Yoon Suk Yeol gagal
Menurut media tempatan, pihak polis tidak dapat memasuki bangunan utama kerana gagal mencapai persetujuan dengan pihak perkhidmatan rahsia mengenai kaedah penggeledahan dan penyitaan.
Bekas Menteri Pertahanan Korea cuba bunuh diri
Menurut Ketua Pesuruhajaya Perkhidmatan Korea, Shin Yong Hae pada Rabu, Kim kini sedang menerima rawatan susulan dan berada dalam keadaan stabil.
Seorang menteri Afghanistan terbunuh dalam letupan
Seorang menteri utama dalam pentadbiran sementara Taliban Afghanistan terbunuh pada Rabu dalam letupan di ibu negara Kabul.
PBB akan undi gencatan senjata segera dilaksanakan
Resolusi itu juga menuntut pembebasan semua tebusan dan akses tanpa halangan untuk bantuan kemanusiaan kepada Gaza.
Fenomena La Nina berkembang lebih 50 peratus hingga Feb 2025
Kemungkinan lebih 50 peratus fenomena La Nina dilaporkan akan berkembang dalam tempoh tiga bulan mendatang.
127 terbunuh dalam dua hari di Sudan
Terbaharu pada Selasa, kumpulan hak asasi manusia, Emergency Lawyers memaklumkan sekurang-kurangnya 20 termasuk 14 orang yang menaiki bas terbunuh di Omdurman, Sudan.
Depot minyak Itali terbakar, dua maut, sembilan lagi cedera
Kanlaon, setinggi 2,400 meter di atas paras laut di Pulau Negros, adalah satu daripada 24 gunung berapi aktif di Filipina.
Restoran di Pantai Chenang musnah dijilat api
Kebakaran itu menyebabkan restoran berkenaan musnah hampir 100 peratus, namun, tiada kemalangan jiwa dilaporkan.
Kebakaran di bilik bicara Mahkamah Persekutuan dipercayai akibat litar pintas
Istana Kehakiman kecoh seketika apabila kebakaran tercetus di sebuah bilik perbicaraan Mahkamah Persekutuan, tengah hari Khamis.
3 maut dalam kebakaran di Palembang, Indonesia
Mangsa yang maut termasuk dua penghuni sebuah rumah serta seorang pekerja bengkel yang identitinya masih belum disahkan.
Rumah kedai terbakar di Kajang, empat mangsa terselamat
Sebuah rumah kedai dua tingkat dan tiga unit kedai berkembar di Jalan Sungai Chua, Kampung Sungai Chua, musnah dalam kebakaran pada awal pagi ini.
Warga emas ditemukan rentung dalam kebakaran di Ranau
Dalam kejadian pukul 1.20 pagi, Wong Ling Ying, 74, dijumpai di rumahnya yang terbakar 99 peratus manakala rumah kedua terbakar 50 peratus.
Stor farmasi Hospital Papar terbakar: 51 pesakit dipindahkan
Pada masa sama, terdapat lapan pesakit di Jabatan Kecemasan yang terkesan akibat insiden tersebut.
Stor farmasi Hospital Papar terbakar
Sebuah bangunan menempatkan stor farmasi Hospital Papar hangus terbakar, manakala bilik makmal kajian hanya terkena bahangan api dalam kejadian kira-kira 7 malam ini.
Puluhan dron serang Moscow, operasi di lapangan terbang ditangguhkan
Seorang wanita berusia 52 tahun mengalami kecederaan pada leher, muka, dan tangan, dan kini sedang dirawat di hospital.
Wanita Vietnam ditahan susulan kebakaran tiga rumah di Manjung
Semakan CCTV mendapati kelibat seorang lelaki bawa dua tong berisi cecair bahan bakar ke arah rumah mangsa dan melarikan diri selepas api mula menyala.