awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Maglev China pecah rekod pecutan, capai 700 km/j dalam 2 saat
Dakwaan hina institusi diraja: Siasatan terhadap Fahmi Reza tunggu laporan MCMC
Skuad boling padang negara raih kejuaraan berganda di China
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lapangan Terbang Brussels gantung sementara penerbangan gara-gara dron

Bernama
Bernama
13/11/2025
14:56 MYT
Lapangan Terbang Brussels gantung sementara penerbangan gara-gara dron
Sebagai langkah berjaga-jaga, operasi penerbangan di lapangan terbang Zaventem digantung selama kira-kira setengah jam. - Reuters
BRUSSELS: Trafik udara di Lapangan Terbang Brussels digantung sementara pada Rabu malam selepas satu objek dipercayai dron kelihatan berhampiran kawasan lapangan terbang, lapor Anadolu Ajansi memetik portal berita Bruzz.
Sebagai langkah berjaga-jaga, operasi penerbangan di lapangan terbang Zaventem digantung selama kira-kira setengah jam, menurut penyedia perkhidmatan navigasi udara Belgium, Skeyes.
Trafik udara disambung semula kira-kira 11.20 malam waktu tempatan (2220GMT), manakala tiada penerbangan berlepas dijadualkan selepas 10 malam (2100GMT), menurut pihak berkuasa lapangan terbang.
Sekurang-kurangnya dua penerbangan masuk dialihkan ke Lapangan Terbang Liege sebelum kembali semula ke Lapangan Terbang Brussels dan tiba lewat, menurut laman sesawang lapangan terbang itu.
Beberapa bulan kebelakangan ini, beberapa negara Eropah melaporkan pencerobohan dron berhampiran lapangan terbang atau kemudahan ketenteraan, termasuk pangkalan tentera Belgium.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#lapangan terbang brussels
#operasi digantung
#dron
#keselamatan
#zawentem
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan